Pages

Friday, June 14, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum sahabat.

Tak rugi kalau kita membaca kisah kelahiran  Nabi Muhammad SAW.Jom kita baca bemula episod 1.

Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad

Bahagian 1

Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Muhammad adalah berketurunan Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datuk neneknya adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam oleh tentera-tentera Habsah.

Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

“Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas,,” kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.

“Luar biasa anak ini, ” ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?’ Tanya Aminah. “Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

Bersambung....

sumber

11 comments:

  1. Itulah kehadiran baginda dlm dunia bukan saja menyinari sebaik lahir bahkan sehingga kewafatannya menyinar pelusuk alam.

    ReplyDelete
  2. btl2..kita sbgi manusia mstlah mengambil pengajaran..heheh.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Suatu kelahiran yang penuh rahmat dan berkat..menyinari kehidupan pd waktu dunia yg begitu jahil..Allahuakbar...

    ReplyDelete
  4. insan mulia kan kak.. Rasulullah.. kak, maaf kalau n3 saya terbaru tu pening sikit he.. macam tahu2 je akak erk kami honeymoon... ;)

    ReplyDelete
  5. indah sekali saat kelahiran rasulullah.

    ReplyDelete
  6. sbb baginda insan istimewa , cara kelahirannya juga berbeza ...

    ReplyDelete
  7. terima kasih...membacanya boleh mengingatinya...

    ReplyDelete
  8. gd n3, walaupun tau kisah ini, tp kdg2 terlupa juga !

    ReplyDelete
  9. Khai♥Rin : anies -sebenarnya n3 ni sgt panjang anies....dah lama akak tak baca kisah kelahiran nabi Muhammad...takut2 lupa..jadi akak terbuka hati nak lampirkan di sini..akak rindu sebenarnya.sebak dah ni..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)