Kita sambung episod seterusnya...tak rugi membaca tau..ikhlaskan hati walau panjang berjela....
Bahagian 2
Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad
Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. “Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini,” kata diantara wanita yang datang itu.
Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.
“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.
Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami penderitaan yang hebat.
Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah. Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah jatuh sakit.
Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah.
Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya. Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga. ” Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan” pujuk orang ramai.
Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit.
Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi sedikit. Perutnya makin sehari semakin membesar. Hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu tiba juga.
Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan. tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan Muhammad.
Bersambung...
Sumber

best baca. sebab rasanya dah lama tak baca kisah2 macam ni. zaman sekolah dulu rajin baca sebab ustazah mesti tanya2 kat sekolah kan
ReplyDeleteni kalo anak saya baca mesi dia suka ni...
ReplyDeletekisah2 nabi ni best klu dihayati betul kan...klu sek ren teringat subjek Sirah Nabi...mmg kene hafal sirah nabi utk exam..masa tu, hafal je la...hehe...kecik lagi kan..br sek ren..hehe...
ReplyDeleteMaha berkuasa Allah Aminah tidak diberi kesakitan seperti wanita lain sewaktu melahirkan baginda rasulullah...
ReplyDeleteSedih baca kisah nie..sambungkan yer..:)
ReplyDeletetq share this, nnti boleh cerita semula pada anak2
ReplyDeletekalau difahami secara mendalam, ada sebabnya mengapa allah 'menjemput' ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum baginda diputerakan...
ReplyDeleteKhai♥Rin : anies -ha ah anies...hanya Allah saja yg tahu..tiap kali sebut ttg Nabi Muhammad kak mesti sebak punya..
ReplyDeleteDalam pada Allah memberikan penderitaan kepada ibu baginda, digantikan kegembiraan yg tiada tolok bandingnya
ReplyDelete