Bismillah
Assalamualaikum dan selamat petang...
Ini memang cerita sedih, setidaknya bagi aku Tapi terpujilah Allah yang Maha Kreatif itu!!! Sungguh Dia selalu punya cara untuk membuatnya terasa manis dalam jiwa...
kejadian tengahari isnin semalam selepas menghantar muhammad ke sekolah.jalan agak lengang maklum tak habis lagi dengan cuti ..aku berhenti di simpang masuk ke rumah signal kiri juga aku pasang...tiba-tiba ada sebuah kereta iswara memecut laju nak masuk simpang..dahlah laju, makan jalan pulak tu..tak semena-mena..'kedebuuummmm..aku yang elok berhenti di langgarnya.memang aku dah agak memang akan kena langgar punyalah..tak sempat aku nak buat apa-apa..pasrah.
aku undur ketepi macam tu juga dengan kereta yang melanggar aku..aku keluar tinjau-tinjau apa jadi dengan kereta aku tu..
mula bersuara.."kenapa akak tak berenti?"saya dah berenti awak yang langgar saya,kenapa awak laju sangat tang korner tu.."maaflah kak saya tak nampak akak tadi,..takpe, benda dah jadi..kita tak boleh elak..kerja Allah kataku..'
aku tanya macammana ni nak pergi balai ke,dia cakap kita settellah kak,saya bayar..
sementara tu aku call suami...suami suruh tunggu,kejap lagi dia sampai..sementara tu aku follow dia kat belakang pergi bengkel kereta..bila dia tanya berapa,memang aku tak boleh suka-suka hati nak letak harga..kita tanya kat bengkel berapa kos semua..tak lama suami sampai..bab ni aku tak campurlahkan..tak adalah marah-marah atau gaduh-gaduh..bincang pasal nak repair jer...orang yang langgar aku tu pun baik..benda nak jadi,kita redha.
sempat juga aku bergurau dengan adik yang langgar aku tu.."inilah agaknya Allah nak bagi rezeki akak tukar bumper baru..
daripada di langgar sampai habis isteri orang yang langgar aku ni langsung tak keluar dari kereta..tak kisah kalau tak nak minta maaf atau tak nak tengok kereta aku yang kemek tu..sekurang-kurangnya dia tengoklah kereta suami dia yang kemek tu..
dari mula dia asyik main hp, sibuk dengan dunia dia...apa punya pesen binilah ni..
Tak habis cerita di langgar..ini kes melanggar pula...
lepas maghrib malam isnin seperti biasa suami pergi belajar tajwid di masjid kepong..
nak di jadikan cerita malam yang gelap nak masuk simpang pandang kiri kanan tak ada motor..bila nak masuk jer..'kedebuuummm"..pecah habis cermin kereta sebelah driver,compomlah kemek pintukan..apa jadi dengan motor tu..'sedih nak cerita kat sini..suami bergegas keluar tengok apa jadi..astagfirullah..adik motor tu luka agak teruk...kebetulan masa tu ayah kepada budak yang di langgar tadi lalu kat situ..suami terus bawa pergi klinik..doc dah check semua alhamdulillah tak ada yang patah riuk bagai..sekadar luka luaran..itu pun suami ngeri tengok..berkali-kali suami mohon maaf..dalam pada menunggu rawatan sempat suami bersembang dengan ayah budak tadi..."kebetulan siang tu aku dengan suami tengok youtube pasal kemalangan motor..merata tempat pelbagai kemalangan babitkan motor dengan kereta..semua salah kereta..maklum motor ni tercuit sikit pun jatuhkan...tambah kalau tercuit banyak..'masih ingat kata-kata suami masa tengok video tu.."janganlah jadi macam ni...
tengok ajelah dalam satu hari aku dan suami terlibat dalam kemalangan.."Kun Faya'kun.amat benarlah kata-kata Allah.siapa aku dan suami nak menidakkanya..
aku tanya kat suami macam mana diorang marah-marah ke? suami jawab, MasyaAllah punyalah diorang tu baik..sikit pun tak marah.
aku mula selit kata-kata ni kat suami "agaknya abang berpakai sunnah kut..tu yang buat hati diorang lembut tengok abang"..suami senyum tenang jerrr..
aku teringat satu kisah suami langgar orang juga..nak masuk simpang tak bagi signal...masa tu aku dan anak-anak juga ada..balik beraya kalau tak silap...semua kami berjubah termasuk anak-anak..
tergolek jatuh pemuda india ni dengan motor-motor sekali timpa dia...tengok pada pakaian pemuda india ni..bersubang,rambut perang macam gangster..memang takut tengok...aku dan suami bergegas tengok suami terus pegang bahu dia minta maaf sambil tolong bangunkan dia..aku pulak angkat motor dia..turut minta maaf berkali kali..suami tanya ada sakit tang mana-mana tak,nak tolong bawa pergi klinik...Budi bahasa pemuda India tu MasyaAllah punyaI hati yang baik.."banyak kali dia cakap.."takpe bang sikit aje ni..sikit jer bang..takpe..takpe..sambil senyum walau pun masa tu kaki dia terhenjut-henjut..kami tunggu sambil dia beredar...
dia tinggalkan kami dengan lambaian..
Sesungguhnya, sabar itu memang penyelamat keadaan. jangan mudah ada perasaan amarah dan bengang bila
masalah datang menimpa. Banyak-banyakkanlah bersabar kerana sabar itu
memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan bertindak sewajarnya.
Wallahhualam.
Cara Allah Menegur..
Allah Ta'ala berfirman:
وَمَآأَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا عَن كَثِيرٍ ( الشورى: 30)
artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh
perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari
kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30) - See more at:
http://indonesian.iloveallaah.com/hikmah-dibalik-musibah/#sthash.HuVY0B32.dpuf
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ ( QS. Yunus : 107 )