Assalamualaikum
1) MADU
Madu
adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja
Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah
makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis
vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan
ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai
zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,
karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan
kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam,minum mengunakkan sudu plastik,jangan sesekali mengunakkan sudu besi.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan
otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia
mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu
karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan
yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan
belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari
penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu
kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat
dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin,
zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w,
"Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah
badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga
fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung
dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk
gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah
halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya
dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU /oren
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok
untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda
Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,
sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini
sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung
merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis
daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling
tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan
prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi
s.a.w memakan daging ayam betina.
p/s Alhamdulillah,terima kasih Allah.