Bahagian 8
Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad
Melihat kesedihan Nabi demikian rupa, Abu Talib cuba menghibur Nabi dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya. Demikianlah berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi merasakan kehilangan datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya.
Abu Talib merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Meskipun beliau dan keluarganya hidup miskin, namun tidak pernah dia meminta-minta kepada saudara-saudaranya itu. Dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara seluruh keluarganya.
Kemudian, apabila Nabi tinggal bersama-sama dengannya, kehidupan kian bertambah baik dan diberkati Allah. Beliau bersyukur kerana kehidupannya semakin bertambah baik.
Apabila tiba musim bunga dan musim kafilah Mekah untuk berniaga ke Syria, Abu Talib telah merancang-rancang untuk turut berniaga kesana. Bebarapa hari sebelum bertolak Nabi telah mendengar bahawa bapa saudaranya itu akan pergi ke Syria selama sebulan atau 2 bulan lamanya. Nabi ketika itu berumur kira-kira 12 tahun. Semenjak Nabi mendengar bapa saudaranya akan pergi itu, Nabi begitu gelisah sekali dan hampir-hampir tidak dapat tidur pada malamnya.
Pada pagi Abu Talib hendak bertolak dan sedang bersiap-siap itu Abu Talib melihat anak saudaranya itu sedih sekali. Abu Talib merasa bahawa kesedihan Nabi itulah disebabkan oleh pemergiannya ke Syria. Beberapa hari sebelum Abu Talib ke Syria, dia pernah berunding dengan Al-Abbas mengenai Muhammad.
“Saya kadang-kadang kasihan kerana terpaksa berpisah dengan Muhammad!’ ujarnya memulakan perbicaraan.
“Memang! tetapi untuk membawa kanak-kanak yang di bawah umur dan menempuh padang pasir yang luas dan kering kontang berhari-hari akan menyusahkan Muhammad sahaja!” terang Al-Abbas.
“Sebab itulah aku tidak mahu membawanya! tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya. Kerana semenjak ayah kita meninggal dunia, dia tidak pernah berpisah dariku!”
“Aku masih ragu-ragu sekarang sama ada mahu membawanya atau tidak!” terang Abu Talib lagi.
“Engkau pergilah sahaja. Aku akan menjaganya semasa engkau di sana. Sebulan dua bukanlah lama! jika terjadi sesuatu kepadanya di perjalanan adalah lebih teruk daripada dia berada di rumah!” nasihat Al-Abbas.
Mendengar kata-kata abangnya ini, Abu Talib memutuskan tidak membawa Muhammad yang masih muda itu. Umurnya baru 12 belas tahun. Akan tahankah anak yang berumur 12 tahun mengharungi padang pasir yang luas dan kering kontang hingga berhari-hari? Ini lah yang sering menghalang Abu Talib daripada membawa anak saudaranya yang di kasihi itu.
Tetapi pada hari Abu Talib akan berangkat, Nabi telah merayu-rayu kepada Abu Talib supaya membawa bersama-samanya. Abu Talib melihat betapa anak saudaranya itu tidak mahu berpisah daripadanya. Malah pada ketika itu, perasaaan kasih Abu Talib dan pesanan ayahnya Abdul Mutalib terdengar-dengar di telinganya.
“Aku harap engkau akan mendahulukan urusan Muhammad daripada urusan engkau dan keluarga engkau sendiri! itulah pesanku utama!’
“Demi Allah, biarlah apapun terjadi. Aku tidak akan berpisah dan meninggalkannya sendirian!”
“Bukankah ini akan menjadikan bebanmu bertambah wahai Abu Talib?’ ujar kawan kafilahnya apabila melihat Abu Talib maembawa Nabi bersama-samanya.
“Tidak, Syarif! tidak! dengan adanya anak saudaraku disisiku aku akan dapat melihat lebih jauh dan perasaanku lebih gembira, InsyaAllah jawab Abu Talib dengan tegas.
Demikianlah, dengan hati yang lapang dan penuh keyakinan Abu Talib telah membawa anak saudaranya bersama-sama ke Syria. Beliau yakin sebagaimana anak saudaranya selalunya, segala pekerjaannya yang sukar sering di berkati oleh Allah dengan kehadiran anak saudaranya itu.
Setelah Nabi mula dewasa sedikit, baginda telah bekerja menggembala kambing bersama-sama saudara susunya di pergunungan Bani Saad. Pengalaman ini kemudiannya di sambung ketika Nabi tinggal bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib.
Melihatkan keadaan yang di tanggung oleh bapa saudara yang miskin itu, baginda telah meminta kebenaran untuk mengembala kambing-kambing jiran-jirannya dengan mendapat sedikit upah. Dengan demikian Nabi dapat juga membantu bapa saudaranya yang miskin itu.
Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing-kambingnya bersama-sama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang temannya.
“Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang lain-lain!”
“Mengapa tidak! engkau selalu menolongku menjaganya dan kali ini bolehlah engkau pergi pula!” ujar temannya secara bersungguh-sungguh.
Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat itu, bunyi-bunyian pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga kambingnya.
Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. “Apakah yang engkau lakukan disana Muhammad?” Nabi tersenyum mendengar pertanyaan kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas dirinya.
Buwanah ialah nama sebuah berhala. Semasa diadakan pesta Buwanah, orang Qiraisy akan datang beramai-ramai dan menyembelih haiwan-haiwan mereka sambil bersumpah di hadapan berhala tersebut. Abu Talib telah mengajak Nabi menghadiri pesta itu. Pada mulanya Nabi tidak mahu turut dalam upacara tersebut. Tetapi ibu saudara Nabi berkata dengan nada marah.
bersambung ...
sumber
tak pernah boring membaca dan mengimbau,..teruskan siri ke seterusnya yer..
ReplyDeletelike !
ReplyDeletesambung yaaa! :D
ReplyDeletesuka membacanya...terima kasih...sekurang2nya kita tidak lupa pada nabi kita
ReplyDeleteTanda2 kenabian sudah wujud ketika tu..
ReplyDelete