Assalamualaikum
Nak kongsi apa yang berlaku sekarang rasanya macam tak sanggup dan idea nak tulis macam kosong jer..pada hal dalam hati macam-macam nak sampaikan perasaan ni...hanya mampu berdoa..dan berdoa.
hasil tangan muhammad temui titik gravity
N3 yang aku copy paste....buat renungan bersama....
Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.
Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.
Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira
dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib
berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar
bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya
termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu
Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini
sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak
isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita.
Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid
yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang
teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.
Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?
Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?
Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5
minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.
Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...
Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...
Jika rakyat negara ini BERIMAN dan BERTAQWA pasti Allah swt membuka pintu RAHMAT.
Usaha yang bersungguh untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa itu sewajarnya didahulukan.
Kita mudah terpedaya dengan cara berfikir orang barat yang hanya melihat kemajuan di sudut kebendaan dan berpendapatan tinggi.
Kita lupa faktor BARAKAH dan RAHMAT yang difirman Allah swt. Allah swt
jelas menyatakan rakyat yang BERIMAN dan BERTAQWA adalah faktor utama
rahmat dan barakah sesebuah negara.
Kita masih tidak mengambil formula Al Quran dalam membina kemajuan negara tetapi kita guna otak kita yang serba dhaif ini.
Elok benar musibah yang berlaku ini menyedarkan kita bahawa ada elemen
ghaib yang sangat perlu diambil kira dalam pembinaan kemajuan sesebuah
negara.
Cukuplah pintu bala dan musibah yang turun dari langit dan keluar dari bumi akibat dosa-dosa yang kita lakukan.
Kembalilah ke pangkuan Pencipta langit dan bumi.......
Jika dikaitkan dengan kehidupan,titik gravity adalah Iman dan Takwa maka tertegaklah Islam.