Pages

Monday, January 27, 2014

Si buta huruf


Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang buta huruf bekerja sebagai tukang kebun disebuah sekolah. Dia sudah bekerja lebih kurang 15 tahun disana.

Suatu hari pengetua sekolah itu ditukarkan dan pengetua yang baru membuat arahan baru. Semua pekerja mesti pandai membaca dan menulis. Maka tukang kebun yang buta huruf itu, terpaksa berhenti.

Awalnya, dia sangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Ketika duduk ditepi jalan memikirkan masalah yang baru dihadapinya, muncul idea untuk membuka gerai makanan segera. Tidak disangka, usahanya berjaya!

Dia telah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sekiranya ingin membesarkan perniagaannya. Suatu hari, ketika di bank, kerana buta huruf, dia tidak pandai mengisi borang dan meminta kakitangan bank membantunya.

Kakitangan bank berkata, “Wah, walaupun Pak Cik seorang yang buta huruf tapi boleh menjadi peniaga yang berjaya, apalagi kalau pandai membaca dan menulis, pasti lebih kaya lagi.”

Dengan tersenyum dia berkata, “Kalau saya boleh membaca dan menulis, saya pasti masih lagi menjadi tukang kebun sekolah!”
 

Disebalik suatu masalah kadang tersembunyi suatu berkat yang menanti. Kita harus bersabar terhadap segala sesuatu yang menimpa kita dan terus berusaha tika menanti ketetapan Tuhan. Dan semuanya akan berakhir dengan indah.Kerana segala sesuatu yang baik akan selalu mengarah pada kebaikan. Kekecewaan dan penderitaan akan dapat mengubah orang biasa menjadi orang luar biasa.

Mungkin Tuhan meletakkan kita dihujung anak panah. Menarik jauh-jauh ke belakang, agar di saat kita dilepaskan, kita memiliki semangat yang kuat untuk mencapai sasaran tinggi, bahkan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya. Insya Allah

16 comments:

  1. Apa yang Allah jadikan pasti ada sebabnya. ...

    ReplyDelete
  2. banyak pengajaran dalam cebisan ni..setiap apa yg tertulis dalam kehidupan kita..tiada siapa yg mengetahui nikmat dan rahmat yg diatur oleh NYA...

    ReplyDelete
  3. Terjadi betul depan mata kakak ada satu kakak di tempat kakak ni Nor. Bila suami dia kawin lain dia jual sarapan macam-macam depan rumahnya. Setahun tu nampak susahlah sikit tapi masuk tahun ke dua dan smooth. Tak lama dah boleh beli motor utk dia beli barang mentah. Lepas tu beli Gen-2. Sekarang dah senang. Berkat redha dan sabarnya menjaga anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Betul tu akak. setiap ujian pasti ada manisnya selepas itu. susah dan senang tak akan seiringan.

    ReplyDelete
  5. sebuah cerita yg memberi insipirasi..
    rezeki kita mana kita tau..itu rahsia allah..kita hanya berusaha dan meminta ptolongan drpdanya,,

    ReplyDelete
  6. ujian DIA bukan untuk menyusahkan tetapi untuk difikirkan..

    ReplyDelete
  7. meanriklah n3 ni knor, utk kita sama2 renung & ambil iktibar !

    ReplyDelete
  8. Assalam...singgah sini...
    Tiap yg terjadi...pasti ada hikmahnya kan...:)

    ReplyDelete
  9. saya singgah sini baca entry..
    selamat berkenalan.. follow sini yang ke 318.. :)

    ReplyDelete
  10. Motivasi utk okje ni Nor.....tp sayangnya sampai sudah pokok anggur okje tak berbuah....hehe

    ReplyDelete
  11. Menarik kisah ni... mmg bila dilanda masalah ramai yg panik, mudah nak fikir yg bukan2....boleh dijadikan pamduan kisah ni..

    ReplyDelete
  12. Singgah malam Nor..tuan rumah dah tidur ke>

    Ada hikmahnya kan disebalik setiap kejadian, redha dan jangan putus asa, insyaAllah akan ada manisnya.

    ReplyDelete
  13. banyak pengajaran yang boleh kita ambil, satunya di sebalik sesuatu pasti ada hikmah yang jarang kita nampak, Allah Maha Pencatur..dan Dia adalah sebaik-baik pencatur, MasyaAllah...Subhanallah

    ReplyDelete
  14. kita ni selalu bersungut bila diuji, bukannya nak pikir positif.... kena bersangka baik dgn Allah...

    ReplyDelete
  15. setiap yg berlaku ada sebabnya. cuma kite ni kena pandang dari sudut yang positif. jangan negatifkan pemikiran. :)

    ReplyDelete
  16. mesej disebalik cerita boleh manjadi panduan kepada kite semua..insyallah

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)