Biasalah kalau mamanya pembuat kek...kalau ramai surirumah pandai buat kek alamat lingkuplah kedai-kedai kek...
Semalam bila menjemput Muhammad balik dari sekolah,aku ternampak banyak duit dalam poket baju melayu dia,aku tanya: "mana dapat duit banyak ni?
"ustaz bagi".kenapa ustaz bagi?
sebab ustaz tanya siapa nama Muhammad?(sempena nama nabi) "Muhammad angkat tanganlah,lepas tu ustaz bagilah hadiah duit"
Sebenarnya semalam ada sambutan sempena Maulidur rasul di sekolah muhammad. Ada ceramah tentang sirah Nabi dan sesi soal jawab,balik rumah semua dia cerita tentang apa yang dia tahu tentang Nabi,sahabat-sahabat Nabi,pekerjaan Nabi,siapa isteri Nabi,dan banyak ilmu tentang nabi yang dia dapat..dia kata banyak kali dia angkat tangan untuk jawab,tapi cikgu tak nampak dia,asyik bagi orang lain aje..muhammad kata: "sebenarnya muhammad tau semua jawapan tu"..dia agak kecewa sedikit...kecik-kecik dah pandai kecewa-kecewa..
Tapi yang pentingnya dia sangat bangga dengan namaya Muhammad,tiap tahun ada sambutan yang hampir sama dengan hari lahirnya..semua orang meraikan..
Yang lucunya dia nak ikut sunnah Nabi cara makan guna tiga jari..aku kata cukup tiga kali,lepas tu makanlah macam biasa..kat sini dah macam-macam pertanyaan dari dia.. tak perlulah aku cerita nanti bosan pula orang asyik cerita pasal anak dia saja..
sebelum ke sekolah solat zohor dulu..
brownies chocolate kesukaan muhammad, sempena hari lahir 23.1
Haaa... kan auntie dah kata untung Muhammad. Birthday dah tak payah susah beli kek. Mama mesti buat yg special punya kan..
ReplyDeleteKalau dekat auntie kutip dulu cokat warna-warni tu:)
Wah..lawanya kek birthday Muhammad ni.. saya pun berkenan tgknya..
ReplyDeleteOo.. terus dapat ilham bila baca kisah anak akak ni. Dlm kelas saya pun ada seorang budak cina muslim bernama Muhammad Ahmad. Nak tegur dia pasal nama dia lah..
Assalam, salam hujung minggu...
ReplyDeletecantiknyer kek birthday Muhammad...
Alhamdulillah, kalau orang lain beli kek kat kedai untuk sambut birthday tapi Muhammad mama sendiri yang buat...dengan penuh kasih sayang lagi...berganda berkatnyer sempena birthday Muhammad...
Semoga Muhammad membesar sihat, pandai dan menjadi anak yang soleh...aamiin
Dah kiss n salam mama dah sayang?
alhamdulillah, bagus nama itu.. semoga muhammad membesar menjadi anak yang soleh.. :D
ReplyDeletealhamdulilah..baik ustaz..siapa nama muhamat bg duit :) amin
ReplyDeleteBestnya dpt buatkan kek anak dgn air tgn sendiri. Saya ni mood membaking dah ke laut.
ReplyDeleteAid milad Muhammad, moga jadi anak soleh dunia dan akhirat, aminnn.
ReplyDeleteSalam Nor..Semoga Muhamad membsr menjadsi anak yg soleh.Aaminnn.Cantyik keknya..brkaler2
ReplyDeletecantiknya kek tu....bagus tu Knor...jadi Muhammad S.A.W sebagai idola...bagus Muhammad...kecil2 dah nak ikut cara Nabi kita.
ReplyDeleteSelamat hari lahir Muhammad.... Nama dia Muhammad saja yea? Bagusnya.... baik nampaknya dia, semuga Muhammad membesar dlm lindungan Allah....
ReplyDeleteKalau dah maknya pandai buat kek....tengok tu kek dia warna warni lemak berkrim lagi....hepy bezday muhammad!
ReplyDeleteuntung adik Muhammad kann..mama dia buatkan kek besday yg dipenuhi dengan kasih sayang..agar adik Muhammad sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang, dipanjangkan umur..semoga menjadi anak kebanggan keluarga amin...
ReplyDeleteSelamat hari lahir Muhammad...
Tkpe knor. apa yang baik kita kongsi ngan orang insyaAllah sama2 akan dapat manfaatnya.
ReplyDeleteSemua 5 anak lelaki saya berpangkalkan nama Muhammad, lepas nama Muhammad ada dua nama iringan lagi. Jadi dalam rumah kami ada 5 Muhammad....
ReplyDeleteMemang bertuah Muhammad, membawa nama yang indah, nama nabi junjungan yang menjadi contoh tauladan yang baik buat semua umat manusia. Moga Muhammad terus membesar dengan akhlak terpuji.
ReplyDeleteUmmi pun rasa nak makan kek tu Nor, hehe..
suka dengan cara akak didik anak2 akak...
ReplyDeleteamboiiii meriah betul kek ni muhammad? ada lagi x ni? ;-)
ReplyDelete