Pages

Tuesday, January 14, 2014

Aku sedang persiapkan benteng untuk mereka..

Ramai yang bertanya azhan ada memohon mana-mana asrama ke? aku katakan "tidak ada" soalan biasa "kenapa tak mohon rugilah macam tu"
jawapan dari aku ringkas "rumah pun dah macam asrama"lebih ketat lagi dari mana-mana asrama".
satu hari nanti azhan akan keluar juga dari rumah...
ada juga saudara mara kata kami kolot ..bila suami menegur anak berlari -lari di dalam masjid,mereka berkata: "biarlah budak-budak"
pada suami pula masa kecillah kita perlu menegur yang mana boleh dan yang mana tidak boleh..
ada juga yang menegur  kami terlalu mengongkong anak..pada hal anak-anak dah terbiasa dengan disiplin di rumah..




Pendapat mereka.

1. Memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari.. Walaupun tidak pernah ke sekolah asrama, tapi melalui pemerhatian, penceritaan didapati pelajar yang bersekolah di asrama lebih mudah untuk berdikari..
2. Pembelajaran lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang..Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.
3. Lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu yang ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mengikut tempoh ditetapkan.
4. Kurang ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.
5. Ibu bapa dapat menjimatkan kos..Melalui asrama, ibu bapa dapat mengurangkan kos ‘duit saku’,'duit pengangkutan’ dan sebagainya..
6. Lebih cemerlang dalam pembelajaran..Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan kecil.. Malahan kebanyakan pelajar asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari sekolah biasa..

Pendapat aku dan suami.

Menjadi manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.

Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.
Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Benar ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat. Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.

Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri? Jawab Umar: Ya, pernah.Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas’ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.
Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat. Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat. Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan.

-Laburkan masa untuk merancang hidup

 -Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

-Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.
-Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.

-Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

-Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan : -

-Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

-Belajar untuk berkata tidak pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.

-Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.akhirat.


Allhamdulillah setakat ini tiada seorang pun anak-anak yang tinggal di asrama  sehingga dia perlu tinggal di asrama((anakanda adibah)...aku sedang persiapkan benteng untuk mereka..yang lainnya berserah kepada Allah swt.

 "Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain ".

15 comments:

  1. Walau apa pun setiap kita mahukan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian kak.

    ReplyDelete
  3. Kancil sokong kenyataan kak Cinnamon...memang betul...tanggungjawab kita

    ReplyDelete
  4. Miza sokong juga kak.. bab menegur & mendisiplinkan anak2 tu mmg perlu sejak mereka kecil lg..

    melentur buluh biarlah dari rebungnya..

    ReplyDelete
  5. Knor - kalau dpt diputarkan masa, saya tak mo sekolah asrama lagi. Hehe..

    ReplyDelete
  6. setiap ibubapa memang ada cara tresendiri untuk mendidik anak-anak mereka

    ReplyDelete
  7. Benar kak.

    Kena mulakan sejak awal, seperti saya sakarang yakni semasa dalam alam rahim lagi. Kita yang mencorakkan anak-anak.

    Alkisah...Kakak saya hantar anak dia yg darjah 1 ke sekolah agama rakyat. Dan adalah yang kata, kenapa hantar sekolah kat situ. Kesian dia.

    Pelik juga bila saya fikir. Kenapa perlu rasa kesian? Dunia sekarang dunia akhir zaman dunia penuh cabaran.

    Dan dunia tanpa SEMPADAN itu yang paling menakutkan kerana tanpa kawalan.

    Besar peranan ibu ayah. AMANAH Allah harus dijaga! nanti disoal di alam sana! :)

    luv dari ummi & baby.. :)

    ReplyDelete
  8. anak-anak dibentuk sejak kecil, kalau kita asyik katakan, biarkanlah, mereka masih kecil, akan menyebabkan anak-anak tu tak tahu mereka buat salah

    ReplyDelete
  9. setuju tu kak..
    setiap org ada pandangan tersendiri dlm mendidik anak2.. yg penting, didikan tu mestilah balance, dunia akhirat...insya allah akn lahir anak2 yg cemerlang utk kedua-duanya..

    ReplyDelete
  10. Bagus tu akak. Semoga tercapai hasrat akak untuk melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  11. Saya yakin Allah takdirkan yag terbaik untuk anak2 akak... akak pun dah buat yg terbaik, sebab tu anak2 juga dapat hasil yang baik...tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  12. tak siapa yg tak mahu cemerlang kak. :)
    pokok pangkalnya dalam diri. duduk asrama atau tak bukan penghalangnya. :)

    ReplyDelete
  13. suka cara didikan akak terhadap anak2.. semoga menjadi ibu yg dikasihi ya :)

    setiap ibu bapa nk anak2 berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  14. saya setuju dgn entry puan. sekolah di sekolah berasrama bukan penentu berjaya atau gagalnya anak2. semuanya bergantung pada usaha anak2 itu sendiri... ^_^

    disamping kita sebagai pembimbing...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)