Pages

Thursday, November 21, 2013

Walau tidak mengenali Ammar

Walau saya tidak mengenali Ammar,tetapi saya sangat dambakan anak- anak seperti Ammar.Ammar memberi inpirasi kepada saya,moga anak-anak mampu dibesarkan seperti beliau.
Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya.. meskipun berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupannya.. saat mendapat musibah airmatanya menitis.. tetapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikan ALLAH pasti yang terbaik untuknya.. fizikalnya mungkin lelah.. fikirannya mungkin penat.. tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji ALLAH.

anakanda Muhammad
Antara wasiat terakhir Ahmad Ammar (anak soleh dambaan semua ibubapa)
Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..

Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut. 

Tenanglah kau di sana bersama bidadari syurga.

sumber dari muka buku...

11 comments:

  1. Gembiranya andai anakanda Queen Ammar akan jadi seperti Ammar yg mati syahid ini...

    ReplyDelete
  2. alfatihah buat arwah Ammar
    saya ada baca tentang arwah di FB. dan ada tengok video jugak
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman

    ReplyDelete
  3. ummi doakan agar anakanda Muhammmad juga menjadi anak soleh penyejuk hati ibubapa..insyaAllah berkat dididkan ibu ayah.

    InsyaAllah..moga Ahmad Ammar mendapat tempat terbaik disisiNya.

    ReplyDelete
  4. aaamin . alfatihah . Allah lebih sayangkan dia begitu juga rakyat malaysia dan lainnya yg mengenali insan bernama Ammar .

    ReplyDelete
  5. Yang baik itulah yang Allah sayang n cepat jer dijemput barangkali menyelamatkan beliau dr fitnah dunia.
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  6. bidadari syurga buat arwah Ammar.
    inshaaAllah.
    al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. alfatihah...
    kami kt AM kenal sesgt dgn ayah arwah sbb ayah arwah selalu dtg ke AM tp sekali pun kami x penah jumpa arwah semasa arwah masih hidup

    p/s ole2 nnt kalu sempat sy beri ye kak

    ReplyDelete
  8. Bahagianya ibu bapa allahyarham Ammar nikan knor...

    ReplyDelete
  9. Saya pun terharu dengan ceritanya. Insyaallah, emak dan ayahnya beroleh keberkatan melahirkan anak yang soleh

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)