Pages

Friday, November 29, 2013

Nasi minyak stew ayam

Gagal lagi untuk aku bangun awal,pukul enam pagi dah terlalu lewat...apalah nak jadi, tahajud entah kemana..kejut semua orang dalam rumah,suami bagi isyarat solat jemaah,sementara giliran suami berwudhu,aku dan azhan buat sunat subuh.iman memang ambil masa untuk bangun,iktiar akhir, aku renjis dengan air...

Lepas solat subuh,masing-masing ambil al-Quran..kemestian untuk kami baca ayat-ayat syifa,kemudian surah yassin dan surah-surah lainnya.
lepas solat dhuha suami ajak pergi minum teh tarik mamak...agak pekat sikit teh hari ni,memang sembelitlah jawabnya..
selak helai demi helaian suratkhabar..adus semua cerita yang merosakkan mood pagi..sedih,gembira dan terkejut semua reaksi pun ada.

ok jom,jom,suami ajak balik.."nak pergi kerja ni,lauk ada lagikan"kata suami."ada lagi bang,rasa macam nak cuti masak je hari ni"kataku selamba.suami senyum.

Makan lauk semalamlah jawabnya.


Nasi minyak

beras basmathi
kismis
tomato
bawang besar anggaran sebiji(hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
sedikit halia(hiris)
daun ketumbar(hiris)
jintan manis (yang halus,tak perlu di tumbuk)
kiub ayam knor
garam
gula

Tumis semua bahan hingga garing,masukan beras yang sudah di cuci,tumis beras sekejap,kemudian masukan air agak-agaklah ye,gula dan garam..guna rice cooker mudah dan cepat..

sementara tunggu nasi masak..

Stew ayam

Ayam anggaran seekor (di goreng separuh masak)
1 sudu kecil jintan manis
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 biji bawang  besar
sedikit halia
kisar semua bahan di atas
sos cili
sos tiram
kicap manis
1 sudu besar gula
sedikit garam
kentang( di goreng tanpa membuang kulit)
karrot
1 cawan santan atau susu cair

Tumis semua bahan kisar,hingga naik minyak,masukan gula,semua jenis sos,masukan santan atau susu,kacau rata kemudian masukkan ayam,tunggu hingga mendidih lepas tu bolehlah masukkan kentang dan karrot..akhir sekali masukkan garam, selesai.
 Salad timun bersantan

1 biji timun
1 biji tomato
4 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
sedikit santan ( di masak sekejap)
1 biji limau nipis
garam
gula

Semua bahan di potong kiub,kecuali cili,cuma di hiris nipis.masukkan santan,gula, garam dan perahkan limau nipis..selesai...sumbat dalam peti ais.
lepas tu goreng le papadom...

Ada lebih lagi untuk hari ni..."Jangan membazir...









10 comments:

  1. sedapnyer nasik minyak..mesti msk byk tuh kan.

    ReplyDelete
  2. Dua resepi nasi dan ayam tu kakak biasa buat tapi salad bersantan tu kakak kena cubalah Nor.. mesti sedap. Kena cari bahan dulu:)

    ReplyDelete
  3. nampak sungguh menyelerakan...yummy...

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik salad timun bersantan tu.. saya nak cubalah lain kali.. bagusnya kak nor n famili.. saya masih lagi buat dan tinggal amalan ayat2 suci n syifa ni.. masih cuba nak mendisplinkan diri...

    ReplyDelete
  5. nyumm nyumm. pos bagi kite kak lain kali. hihii

    ReplyDelete
  6. Teringinlah pulak nak masak nasi minyak ni Knor bila tengok Knor masak ni.....beras basmathi pun masih ada tu...

    ReplyDelete
  7. wahhh...dalam cerita-cerita, sempat lagi kak nor bagi resepi..berkat..aminn..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)