Pages

Sunday, November 10, 2013

Rentetan anakanda Muhammad

Kepuasan...

Seperkara yang memberikan kepuasan hati saya sebagaimana ibu bapa yang lain adalah apabila berjaya memuaskan hati anak-anak kecil. Namun kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak berlebihan dalam memenuhi permintaan anak-anak yang membesar kerana berbuat demikian akan menyebabkan keperibadian dan masa depan mereka juga boleh terkesan.

Kita tidak seharusnya membiarkan pembesaran anak-anak berlaku tanpa perancangan sehingga melahirkan generasi anak-anak kijang yang terlalu jinak dan manja sehingga membahayakan diri sendiri dan komuniti sekeliling.

 
ketika hari sukan...
ketika lawatan ke kid zania..
Berlangsung sabtu lepas konsert mini konvo menjadi waki pelajar membacakan ikrar...
masalah teknikal gambar tak sempat nak ambil,rakaman video juga hilang entah kemana lesap macam tu aje..tapi yang bestnya tepukan gemuruh dari penonton...terharu pun ada..dengan selambanya Muhammad naik pentas seorang diri tanpa diiringi gurunya dan sangat bersemangat ketika membaca ikrar.


selepas berlangsungnya persembahan dari anak-anak tadika termasuk muhammad dan rakan-rakannya,ada acara yang semua ibubapa tunggu-tunggu iaitu tokoh murid yang cemerlang yang dipilih cikgu dan pengetua.ikutkan saya dah nak balik selepas tarian dan hadiah yang muhammad dapat..nak kejar masa..lepas tu cikgu muhammad kata ,muhammad tak boleh balik lagi kerana dia akan dapat tokoh murid..maknanya saya perlu naik ke pentas untuk sematkan selendang untuk muhammad...malunya..kali kedua, sebelumnya iman soffea...dup..dap...jantung saya,suami tak ikut sama sebab bekerja..nak tak hendak kena naik juga...

tokoh murid dari dua gabungan tadika diiringi paluan kompang..
ketika menyematkan selendang...masa ni lagu kasih ibu berkumandang...sayu aje bunyinya..bila mc sebut cita-cita muhammad,terkejut juga saya, sebab nak jadi saintis,kalau saya tanya,dia nak jadi ulama,seorang pejuang Islam seperti Muhammad Al-Fatih.
apa saja, doa yang baik-baik dari mama dan ayah sentiasa.

 ibu-ibu cemerlang...heheh

Tahun hadapan ke darjah satu..Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah

16 comments:

  1. Allah... luruh airmata gembira kakak Nor. Tahniah buat Muhammad dari auntie ye sayang. Moga terus cemerlang dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  2. Tahniah....anak cemerlang ibu gemilang hebat tu Kak.....

    ReplyDelete
  3. tahniah..semoga termakbul apa yg dicita-citakan

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, memang berlinang airmata ummi ni Nor, tahniah Nor dan suami kerana dapat mendidik Muhammad dengan cemerlang. Moga Muhammad dapat menjadi seorang hafiz satu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. Tahniah..muhammad anak yg bijak & cemerlang seawal usia..semoga berjay dunia akhirah..sejuk perut ibu ngandung..:)

    ReplyDelete
  6. Tahniah Muhammad.. bestnya... dapat tgk anak pi konvo..

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah....tahniah Muhammad....seronok yer

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..
    kecik2 dah nampak ketokohannya..
    ehehehee

    ReplyDelete
  9. moga terus cemerlang dunia & akhirat yer... bila anak2 berjaya ibubapa pasti bangga kan !

    ReplyDelete
  10. Tahniah Muhammad,
    Rupanya anak akak yang bongsu sama umur dengan anak sulung saya. Baru2 ni dia dapat anugerah pelajar gemilang. Gembiranya hati saya kak. Alhamdulillah. Saya jadikan akak sebagai contoh tolong bagi panduan ya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Adie Achim-tahniah untuk anakanda adie..doa ibu tiada hijab doa dan terus berdoa..mesti bangga ibunyakan..

    knor biasa2 aje..org susah.tapi Allah bg anak2 yg sehat sempurna.muhammad baru bertunas adie.

    ReplyDelete
  12. Semoga cita2 dan doa kak Nor dan suami utk melahirkan seorang daei (adik Muhammad) akan dimakbulkan Allah. Dunia ini dipenuhi kebejatan yg semakin melampau, justru kita perlukan jutaan pejuang dlm menegakkan kebenaran. AllahuAkbar!

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat Muhammad.. dan teruskan kecemerlanganmu itu.. ;)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Muhammad...semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  15. kak nor jadi ke muhd sekolah kat maahad tahfiz sains fatimah azzahra.. anak mayang dulu sekolah situ

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)