Pages

Sunday, November 17, 2013

Mimpi

Belum siap mengemas dah duduk depan pc..takpe abaikan aje dulu,nanti saya akan selesaikan ala-ala robot gitu...
teringat mimpi malam tadi...seram sungguh..orang kata tak boleh cerita dan kongsi,takpe buat aje sebagai pengajaran.

cuti adibah dah nak habis,nak bercuti jauh-jauh tak sempat rasanya..cadang nak pergi ke Teluk Batik..tengok jadual sendiri dan suami tersangatlah padatnya..mujur semalam suami tak ada kelas bahasa arab,dapatlah luangkan masa jalan-jalan,dekat-dekat rumah aje..tak sampai sepuluh minit sampailah..


ke angkasa lepas

dah separuh berjalan sana sini kami sedia untuk solat..singgah di surau yang di sediakan...saya bercuti semalam,teman anak-anak bersolat,dalam tengah melayan hp,sambil asyik tengok orang solat terpandang seorang hamba Allah ni, sedang dia solat dari mula hingga akhir ,kakinya terjulur keluar,masa sujud kaki agak terkangkang,macam tak manis je tengok...dalam hati nak betulkan kainnya,tapi sebab tak kenal,saya biarkan aje..padahal sama-sama dalam surau..patutnya saya betulkan,mungkin dia tak perasan kain telekungnya tersingkap.dalam hati kata biarlah,hinggalah dia selesai solat.

nak tahu,orang yang solat kain tersingkap tu,muncul dalam mimpi saya malam tadi..tengah saya solat,tiba-tiba orang tu datang kacau saya masa saya tengah sujud,masih jelas dia kata,'kak norihan saya nak balik dah ni'..masa tu saya tengah solat,mana boleh cakap,lepas tu dia cakap lagi sambil menjerit.."kak norihan saya dah nak balik ni''lepas tu dia terus cekik saya...lepas tu saya menjeritlah..sampai keluar di alam nyata..ooo mimpi rupanya..mengucap panjang saya pagi tadi...padan muka saya..

lain kali betulkanlah kainnya..ampunkan saya  Ya Allah.kerana membiarkan auratnya terdedah semasa dia menghadapMu Ya Allah...berdosakah aku.

p/s jangan lupa like page saya..tu sebelah tu aje...




13 comments:

  1. Hmm..yg peliknya kat sini depa ikut mazhab hanafi, kaki nampak tak batal semayang lak.camaner tuh..

    ReplyDelete
  2. Hehe...tu mmg sah sah dia marah Knor sebab tak tolong tutupkan kaki dia....Mungkin jugak dah dari kat surau lagi Knor rasa bersalah dan teringat dia tu yg muncul dalam mimpi tu

    ReplyDelete
  3. hehe..rasa seram juga dengar cerita mimpi Nor tu.
    Mungkin terbawa-bawa dalam mimpi rasa bersalah tak tutupkan kakinya tu.

    ReplyDelete
  4. kak nor,peringatan untuk saya jugak ni.kadang2 bila ke surau/masjid, nampak kain orang tersikap,takut2 nak betulkan. takut macam mengganggu solat dia

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa Nor terbawa-bawa mimpi sebab terkilan tak bertindak masa tu. Tapi kadang kita ni serba-salah kan Nor...

    Mesti en abang sebelah terperanjat Nor menjerit malam-mlam hihi:)

    ReplyDelete
  6. setuju juga dgn kak zakie tu.. agaknya kak nor masih rasa bersalah kot.. tu yg terbawa smp masuk dlm mimpi...

    ReplyDelete
  7. Saya jadi teringat dengan rengekkan anak2 minta dibawa bercuti. Kami berdua sangat sibuk dan baki cuti pun tidak banyak. Kenapalah saya tidak terfikir untuk bawa bercuti di sekitar tempat yang berhampiran saja. Mesti diorang seronok.

    TQ dapat idea :)

    ReplyDelete
  8. betul apa yg kzakie cakap, bila kita teringat-ingat memang boleh termimpi-mimpi

    ReplyDelete
  9. uhukkk seramnya.... siap kena cekik lagi, takpe pengajaran buat kita tu, kalau ada yg silap sama-sama betulkannya

    ReplyDelete
  10. Peringatan yang datang dalam mimpi...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)