Akhir zaman.
Makanan yang baik-baik pun sudah hilang berkatnya, sedap dan lazat tetapi membawa penyakit. Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya. Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia. Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia, makanan yang halal pun menjadi musuh manusia. Walaupun begitu manusia tidak insaf juga, maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda.
Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan, ajaran Tuhan sekalian alam masih tidak dipedulikan. Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan. Manusia sibuk dengan makan, sibuk dengan minum dan dan sibuk dengan pakaian.
Sibuk dengan maksiat dan hiburan, sibuk dengan pembangunan dan kemajuan. Tuhan hanya sebagai slogan. Tuhan bukan matlamat hidup, kalimah Tuhan hanya sampingan. Maka, tidak hairanlah Tuhan bertindak. Dia mengarahkan makanan menjadi musuh insan hingga setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan.
Tidak nampak lagi oleh manusia akan kekuasaan Tuhan…..
Bilakah manusia mahu sedar dan insaf kembali ke pangkal jalan??
Hari ini orang menyebut Allah
bukan dari jiwanya.
Ia disebut hanya sebagai budaya.
Tuhan disebut sekadar
untuk menyedapkan bahasa atau kata-katanya...
Renungilah...
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Penyayang dari segala penyayang
Pandanglah kami dengan kasih sayangMu...
salam jumaat yang indah
ReplyDeletethanks sis for the sharing
ReplyDeleteKakak teringat kata Prof. Muhaya kalau sayangkan diri ingat apa yg masuk dlm perut kita. Kalau nak beramal dgn selesa jaga makan kita...
ReplyDeleteMoga terbuka minda kami semua. Dalam tu maksudnya.
ReplyDeleteSinggah sekejap lom sempat baca entri lama.
salam kak..selamat hai jumaat..
ReplyDelete*serius sangat touching dengan ayat akk part pengorbanan seorang ibu...mcm masih tak percaye dah jadi ibu..
salam jumaat kak nor..
ReplyDeleteislam tidak halang kita mkn yg mana halal bg kita..tp kan perlulah bersederhana & berpada2 kan kak..
sekarang saya tangok org islam main suka2 aje makan kat tempat bkn islam walaupun ada tanda halal... mmg tak ambil berat tentang pemakanan ni, penah saya tegur rakan sepejabat yang membeli yong tau foo dari org cina dan apa yang mereka gelar saya "typical malay".. at least saya dah menegur dan lepas tanggungjawab saya..
ReplyDeletebetul cakap mayang... sangat mereka tak kisah dengan pemakanan sekarang...
ReplyDeletemkan lah secara berpada2 pilih makanan yang sihat dari yang sedap ! itu yg tebaik...
ReplyDeletebetul cakap mayang tu....skang ni orang islam tak kisah nak makan mana-mana...walaupun terang-terang tak ada tanda halal dan pemilik kedai nya bukan org islam...halal atau haram langsung tidak dititik beratkan...bab pemakanan ni amat penting..kerana ianya akan menjadi darah daging kita...
ReplyDeleteterima kasih knor atas entri yg bermanfaat ini..
ReplyDeleteakan dijadikan iktibar...
ReplyDeleteMakanlah dan minumlah tapi jangan isyrof, semoga makanan yg sdh kita makan bsa mendkatkan diri pada allah
ReplyDeleteassalamualaikum ... ibu bapa perlu kenal apa itu Islam supaya anak2 tak tergelincir . Kita pula perlu beribadah seolah-olah kita akan mati mila - bila masa ... sentiasa muhasabah untuk diri sendiri .
ReplyDelete