Pages

Sunday, May 12, 2013

Hempedu bumi


Baru-baru ini suami secara tak sengaja mengikut kawan untuk membuat rawatan,al maklum bila umur empat puluhan macam-macam penyakit akan hinggap...al kisahnya setelah membuat rawatan, tahap darah suami sangat tinggi meloponglah doktor tu...di baginya ubat..sampai sekarang ni satu biji ubat pun tak di jamah suami.suami mengambil langkah ikut gerak hati dengan mengambil daun hempedu bumi.saranan abang iparnya juga..mujur mak mertua ada tanam.mak mana yang tak sayang anak..kan.
dibaginya sepokok..nak tanam, tanah pun tak ada..so simpan dalam peti ais le..alhamdulillah.
kalau nak ikut sejarah pemakanan suami,dialah manusia yang paling kurang makan,manis,masin memang dia elak..berhenti sebelum kenyang.tapi dah nak dapat penyakit..redha.

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.suami hanya merendam sehelai daun kedalam air panas,bila dah suam bolehlah di minum cuma seminggu sekali.

p/s sangat mujarab di katakan sekali minum turun darah yang tinggi melampau tu.rasanya tersangatlah pahit.dah namanya ubat mana ada sedapkan..mudah-mudahan sehat hendaknya suami ku.

alhamdulillah tergerak suami untuk buat rawatan..kalau tak di rawat tak tahulah apa jadinya..bila darah naik melebihi 180 macam-macam boleh jadi..penyakit darah tinggi adalah penyakit pembunuh secara senyap.

sekarang ini suami paksa saya buat rawatan pulak...eemm malasnya.

13 comments:

  1. bagusnya khasiat hampedu nie yer kak..

    ReplyDelete
  2. Oh.. bagusnya Nor. Kakak nak carilah di nursery kalau ada nak cuba tanam.

    ReplyDelete
  3. la angah Jamal kena darah tinggi ke?...redha tp kena usaha mengubatinya.

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah kak dapat tau, sekurang2nye boleh le kita cuba ubatkan.. ekk byk betul kelebihan pokok ni akak beli kat mana yer?

    ReplyDelete
  5. Mayang ABDUL RAZAK-mak mertua bagi..

    ReplyDelete
  6. bagusnyer pokok hempedu bumi ni nyer... nice header juga hehehe

    ReplyDelete
  7. apa rs air nyer tu kak lps rebus? pahit?

    ReplyDelete
  8. Hempedu bumi?nnt nk suh mak try la..

    *qaira x bdiri la..duduk sandar.hihi..br 3 bln..tp klu mndikn die kaki die lurus tegak nj bdiri je..

    ReplyDelete
  9. walaupun dah ambil hempedu bumi ni...tapi husband Knor kena monitor jugak tahap bp tu..

    ReplyDelete
  10. salam akak. saya perlukan hempedu bumi dalam quantity yang banyak untuk research on antimicrobial activity. kat mana saya boleh dapatkan pokok ni? kalau x keberatan boleh tak saya dapatkan dari mak akak?

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)