Pages

Monday, July 1, 2013

Seekor semut apa kaitannya dengan Israk Mikraj....?


"Hai Abu Bakar,sesungguhnya kawanmu mendakwa bahawa dia telah diisrakkan di waktu malam ke Baitul Maqdis lalu dari Baitul Maqdis terus naik ke langit hanya dalam satu malam."

Jawab Abu Bakar: "Seandainya dia mengatakan seperti itu,maka benarlah dia."

Ada seorang dari golongan kafir Quraisy berkata sambil mengejek: "Ya Muhammad,berdirilah engkau!" Maka Nabi pun berdiri. Orang itu berkata lagi:"Angkatlah salah satu kakimu." Rasulullah mengangkat salah satu kakinya.Orang itu berkata lagi: 'Angkatlah kakimu yang satu lagi." Jawab Nabi:" Apabila saya angkat,maka saya akan jatuh."Kata orang kafir itu: "Kalau engkau tidak dapat mengangkatnya sejengkal sahaja,maka bagaimana mungkin engkau mengangkatnya ke langit, bahkan ke Sidratul Muntaha."

Akhirnya Nabi berkata kepada kafir Quraisy itu:" Pergilah engkau kepada Ali,dan ceritakan hal itu kepadanya,dialah yang akan menjawab pertanyaan kamu." Lelaki itu pun segera pergi menjumpai Ali dan mengulangi pertanyaan tadi kepada Ali.Sebagai jawapannya,Ali mencabut pedangnya dan memenggal kepala lelaki itu.
Ramailah yang menentang tindakan Ali membunuh lelaki itu. Ali menjawab:" Itulah jawapan terhadap orang yang menentang kebenaran.Bukannya Rasulullah tidak mampu menjawab,akan tetapi Baginda mengetahui bahawa lelaki kafir itu  tidak mahu menerima jawapan,sehingga baginda mengirimkan kepadaku untuk kubunuh."
Walau telah terbukti kebenaran dan ucapan Nabi SAW, mereka tetap menolak malah mereka mengatakan:"Ini adalah sihir semata-mata."

Berbalik cerita tentang seekor semut...apa kaitannya dengan Israk Mikraj....?




Al-kisah seorang ayah teringat kepada anaknya yang tinggal nun jauh di Mekah..suatu hari tergerak untuk menghantar sebungkus rambutan untuk si anak.
Lalu si ayah memanjat pokok rambutan yang ada di hadapan rumah di petik dengan tangkai dan daun-daunnya sekali...si ayah membungkus rambutan dengan tangkai-tangkainya dan dimasukkan kedalam plastik kemudian di sumbat ke dalam kotak.

Di Mekah dengan rasa girang si anak menikmati rambutan  dengan penuh syukur al-maklum lama tak menikmatinya.
Terlintas di hati si anak nak menghantar kurma buat si ayah pula, maka si anak pun mengunakan bekas rambutan tadi lalu di masukkan kurma yang hendak di kirim untuk ayahnya.

sampai aje kurma di tangan si ayah nak di jadikan cerita keluarlah seekor semut dari bekas kurma. semut itu pun berjumpa rakan-rakan semut  yang lain..sang semut pun berkata 'kau nak tahu tak aku baru aje balik dari Mekah"aku naik kapal besi (kapal terbang) kawan-kawan semut yang lain ketawa dan terus berkata "kau gila!,ingat senang nak pergi mekah..semua kawan-kawan semut  tidak percaya malah di katakan gila...
Nak di ceritakan di sini....
Seekor semut yang tak punya teknologi cuma seekor binatang yang kecil boleh mampu pergi ke Mekah dengan izin Allah.Inilah bukti kekuasaan Allah.Kalau Allah kata jadi maka jadilah.


 Firman Allah S. W. T. :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).


p/s Cerita semut ini di ceritakan oleh suami ketika tazkirah selepas maghrib malam tadi..tujuannya supaya anak-anak lebih faham dan mata diorang jadi bulat..kalau tak tu asyik menguap saja...
anak-anak saya faham cerita semut ini...rakan-rakan faham tak ?..
"Ikan di laut asam di darat bertemu juga di dalam kuali "...


17 comments:

  1. saya faham..maha suci Allah yg memperjalankan hambaNya

    ReplyDelete
  2. wow..contoh yg lebih mudah untuk kanak-kanak..keep it up. Tiada yg mustahil bagi Allah

    ReplyDelete
  3. Kalau Allah kata jadi maka jadilah =)

    ReplyDelete
  4. cerita semut ni 1st time sy dgr ms form 1...sm jg time kuliah maghrib... ;-)

    ReplyDelete
  5. perkongsian cerita yang bagus kak...

    ReplyDelete
  6. faham sgt.. contoh yg sgt mudah utk difahami... Allah Maha Besar...

    ReplyDelete
  7. tq share cerita ni boleh kongsi dgn anak2 ni !

    ReplyDelete
  8. critenya ringkas, jelas dan mudah mudah dipahami
    terima kasih kongsi
    sy share jugak kt anak2 sy yek
    :)

    ReplyDelete
  9. cerita yg menarik! mudah untuk difahami oleh semua...

    ReplyDelete
  10. bila Allah mengatakan " kun fa ya kun " , maka berlakulah ia walaupun kita rasa tak mampu dan tak mungkin dapat melakukannya ... subhanallah

    ReplyDelete
  11. Allah..bagusnya family akak.. Ni baru digelar rumahku syurga ku..:)

    #kak,tadi pun suami akak bg tazkirah kat kami dalam kereta pasai semut tu..:)

    ReplyDelete
  12. Maksudnya... tiada yg mustahil kat dunia ni ~ ada unsur2 motivasi di situ. :)

    ReplyDelete
  13. Iya, pernah dengar cerita ni. Mudah untuk pemahaman anak-anak

    ReplyDelete
  14. simbolik ceritanya...tetapi secara logiknya memang betul

    ReplyDelete
  15. assalam,

    Subhanallah..begitulah kehendakNYA..

    ReplyDelete
  16. kehendak Allah....rezeki hambanya...

    ReplyDelete
  17. hehe...Okje pun baru je nak menguap, tapi bila Knor cerita pasal semut tu terus besar biji mata hehe

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)