Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.
Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.
Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.
Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.
*Sumber dari halimislam.blogspot.com
Detik Islam
baru tau
ReplyDeletetq kak sharing
selamat pagi
ReplyDeletesinggah pagi jumaat
Oh rupa2nya sheikh tuh tinggi ma'rifat nyer kan.sampai boleh dtg kedlm mimpi bersama sama Rasulullah..
ReplyDeleteMasyaAllah... baru akak tahu knor... tq sharing :)
ReplyDeleteMasyaAllah... baru akak tahu knor... tq sharing :)
ReplyDeleteTQ atas perkongsian ilmu dipagi Jumaat ini Knor...
ReplyDeleteSatu ilmu baru untuk saya di pagi Jumaat yg mulia ini.
ReplyDeleteThanks for sharing KNor..
Knor..terima kasih atas pkongsian yg amat bagus ini.saya pun br tahu ttg ni..tq knor
ReplyDeletemasyallah dapat berada di sisi rasullulah walaupun hanya memegang pelita....
ReplyDeleteTak ingat bila kakak ada membaca kisah ini. Kongsikan bersama kisah begini walau diulang-ulang seronok dibaca...
ReplyDeletesalam jumaat nor..satu perkongsian yg menarik..semoga banyak pengajaran yg kita dapat dari cerita ini..saya pon baru tahu nor..
ReplyDeletethank u...
Macam ini ceritanya yea.
ReplyDeletetenkiuu k.nor. kite pon baru tahu. :)
ReplyDeletemasyaallah..
ReplyDeletebgus pkongsian ni..
sa;am jumaat sis :)
Salam Knor..Masyaallah,atie pon br tau kisah ni.Terim akasih kaknor atas pengkongsiaannya
ReplyDeleteWOw , terjah blog awak dan blog awk mmg sangat2 menarik. Tak rugi saya baca :)
ReplyDeleteMohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Salam Nor.. singgah hari Sabtu.
ReplyDeleteUmmi pun ada baca ni, betul kata Kakzakie, kisah ini sangat terkesan, tak jemu walau dibaca berulang-ulang.
terima kasih atas perkongsian Knor
ReplyDelete