Pages

Monday, February 17, 2014

Anak-anak jadi bahan ujikaji

Malam tadi  bincang pasal sistem  sekolah dengan suami..kejap begitu,kejap begini..jadi bahan ujikaji pulak anak-anak sekarang...bayangkan anak ada empat orang,semua lain-lain cara pembelajaran..naik binggung dan naik benci..alhamdulillah anak-anak bijak,(bukan riak ye)bagi cara apa pun mereka boleh ikut...kejap mate/sains dalam bahasa melayu,masuk anak kedua ubah kepada Inggeris,anak ke tiga dan empat melayu balik..lepas tu ikut band 1,2,3,4,5 dan 6 pulak... konon nak membentuk salsiah diri..rasanya salsiah diri  bermula dari rumah,bukan tugas cikgu nak membentuk anak orang....cikgu cuma mengajar untuk menjadi orang,dari tak kenal huruf ,menjadi kenal huruf dan bermulalah episod  nak tahu untuk menjadi cerdik...

Jom kita tengok statement orang lain pulak...ada juga betulnyakan...

Negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"

Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dalam bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bahasa Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar beberapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yang dibelanjakan untuk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam-macam lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran......

Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi.....murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka....di sekolah, masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan disiplin sekolah masih mengguna pakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudaratkan!


Semalam berbual dengan seorang nenek yang menghantar cucu ke sekolah,keluhan nenek tu dua-dua anaknya serta menantu guru..bayangkan setiap hari keluar awal,balik malam,layan anak-anak lebih kurang.. tengah malam mengadap laptop, cucu-cucu menumpang kasih dengan nenek..nenek tu kata alhamdulillah ada "mak cik"(nenek)...

18 comments:

  1. betul.

    tiap kali tukar kat atas, tukar benda baru..kalau tak tukar nanti dikatakan tak ada kerja pulak...ho.

    kdg2 ada benda yg x perlu ditukar, tapi penambaikan kena ada.
    balik pada agama... jika bdk2 diterpakan betul2 dgn agama, insyallah hasilnya baik..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Suatu kenyataan yg benar dan depan mata kita Nor semua ini. Masa anak buah bertunang hari itu kami bebual isu dan topik ini. Kalau Nor nak tahu PBS yg patutnya ganti PMR tahun ini pun sekarang sedang dikaji balik. Apa nak jadi anak kita. Anak kakak tahun ini pulak tu periksanya.

    Sampai di rumah kakak ni entah berapa dictionary ada dari yg dewan sampai yg kecik-kecik semua ada dek tukar-tukar ni..

    ReplyDelete
  4. Betul tu.tetlalu byk perubahan dlm masa yg singkat.kejap gitu kejap gini.yg jadi mangsa. .murid dan of course..guru

    ReplyDelete
  5. hampir sama dengan pendidikan di tempat ku Knor..

    ReplyDelete
  6. benda ni sy mmg da lama perasan. kalu x silap since bermulanya maths sains dlm bahasa inggeris lg...knapa nk seksa anak2...mmg la kita perlu ikut perkembangan ttp bkn cr paksaan atau ujikaji...skrg tgk... x smpi 20 thn da __________

    ReplyDelete
  7. yg paling kesian adalah anak2 kitalah.. topik yg dibual2kan parents sekng ni knor !

    ReplyDelete
  8. Ummi setuju sangat-sangat Nor, kupasan yang bernas.

    ReplyDelete
  9. setuju dengan pendapat nur bab salsiah..kita sebagai makbapak lah yg wajib membentuk salsiah anak2 kita dirumah..

    itu tanggung jawab kita untuk menitik beratkan bab salsiah..bukan guru..

    ReplyDelete
  10. zaman anak2 saya sok ntah cmne agaknye yer? skg ni pun tgk anak2 buah da pening...

    ReplyDelete
  11. zaman anak2 saya sok ntah cmne agaknye yer? skg ni pun tgk anak2 buah da pening...

    ReplyDelete
  12. Bila ada yang gatal tangan masuk campur, itu yang jadi caca-merba.. yang jadi mangsa anak2 murid dan cikgu pulak jadi bahan ujikajinya.

    ReplyDelete
  13. Bila ada yang gatal tangan masuk campur, itu yang jadi caca-merba.. yang jadi mangsa anak2 murid dan cikgu pulak jadi bahan ujikajinya.

    ReplyDelete
  14. Betul kak. Setuju sangat dengan entry ni kak..mewakili luahan para guru n para ibu bapa yang risau dengan masa depan anak2 kita ni.. aapa apa pun semoga ada penyelesaian terbaik nanti

    ReplyDelete
  15. masuk je orang baru..ada la pertukaran...kononnya nak tunjuk buat kerja la tu...masalahnya...tak buat kajian dulu ker...kt malaysia ni...x ada kajian...terus tukar jer...hasilnya mcm syok sendiri...macam sistem band tu....mmg la out....

    ReplyDelete
  16. Bila hati keras tak nak terima yg fitrah.... Sunnah tak dipandang, cane nak maju? Cara Islam tak releven katanya....

    ReplyDelete
  17. Betullah Knor....Okje pun pening dengan sistem pembelajaran kita sekarang ni....Tak faham apa tah lagi bebudak

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)