Pages

Friday, December 6, 2013

Disebalik pokok epal..

  Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar
pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik
serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat
lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai
budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang
ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu
dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal
itu merasa sedih.

Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak
itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong

dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. "
Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok
epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau.
Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan
akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua
itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan
berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



 Pokok bunga ni tak ada kena mengena dengan pokok epal ye..saja nak tayang bunga segar di balkoni...milikku...


10 comments:

  1. Saya pernah baca kisah ni.. memang terharu dengan persahabatan pokok epal ni.. seronok kalau kita ada kawan yang macam ni dan kalau kita jadi kawan pun kita perlulah juga bersikap macam pokok epal ni.. kan..

    ReplyDelete
  2. Anak kakak ada buku cerita ini Nor... jadikan teladan

    ReplyDelete
  3. Setianya pokok epal dalam memberi, berkorban demi kegembiraan orang lain, ciri sahabat sejati.

    Nor..cantik kaler bunga tu, purple..redup mata memandang.

    ReplyDelete
  4. terharu lak baca..tetap setia hingga keakhirnya kan..

    ReplyDelete
  5. Cerita yang penuh dengan pengajaran. Tkasih. Bagi saya, inilah kali pertama saya membacanya di blog K.Nor yang rajin ini

    ReplyDelete
  6. bagus pokok epal tu. demi kawan sanggup menggadaikan diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.. dalam kehidupan sebenar pokok itu diumpamakan seperti ibu bapa kita.. yang akhirnya kita akan kembali kepada mereka semula..

    ReplyDelete
  8. kalau laa kita ada sahabat sebegini...

    ReplyDelete
  9. pertama kali baca cerita ini dulu, meleleh air mata saya, tapi version yang itu, ayat-ayatnya lebih sederhana tapi sangat menusuk kalbu

    ReplyDelete
  10. Oh, lupa saya nak bagitahu, dalam pengajarannya, pokok itu adalah ibu dan bapa kepada budak itu sebenarnya. Itu yang buat saya menangis

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)