Pages

Sunday, December 29, 2013

Ada jalan Insya Allah

bismillah ar-Rahman ar-Rahim

pejam celik pejam celik dah nak buka sekolah..aku pula yang jadi malas.masa akan banyak atas jalan raya..ke hulu hilir jadi pemandu..letihnya..
sabtu lepas muhammad sudah lepas suai kenal untuk kemasukkan tahun satu di sekolah biasa,(DITEMPAT IMAN SOFFEA BELAJAR SEKARANG)sebenarnya aku sudah lama mendaftarkan muhammad ke sekolah biasa untuk persediaan kalau jadi perkara seperti di bawah...
kalau sebelum ini muhammad akan aku masukkan ke sekolah tahfiz dalam n3 lepas..biar aku ceritakan di sini,
dua minggu lepas aku dan suami telah membatalkan kemasukkan muhammad ke sekolah tahfiz kerana ada sebab-sebab tertentu..kerana ada sedikit unsur ragu dalam pamplet yang diedarkan,dalam pamplet harga sangat berpatutan dan kami mampu.tapi apabila hendak membuat pembayaran keseluruhan tidak sama pada yang tertera di pamplet,di sini sudah mengelirukan dan rasa tertipu..

sebenar aku telah membayar yuran pendaftaran sebanyak rm300 dan muhammad telah lulus temuduga dan layak untuk masuk ke sekolah tersebut.hampir 3k untuk pembayaran pertama, dan dalam kiraan saya setahun sebanyak 6k.
aku datang kepejabat sekolah tersebut untuk membatalkan dan mengambil yuran  pendaftaran yang sudah di lunaskan..hampa, yuran tersebut tidak boleh dikembalikan dengan alasan anak puan sudah lulus temuduga,dan jika tidak lulus baru duit itu akan di pulangkan..setahu aku masa dalam pamplet tak tercatat pun,malah masa mendaftar juga tak di beritahu yang duit tidak akan dikembalikan.suami agak panas juga masa tu..hanya tertera pada resit pembayaran..bayangkan siapa nak tengok,dah bayar kita lipatlah resit tu dan terus simpan.aku ibaratkan mereka tidak ada kesungguhan dalam semua perkara tangkap muat dan tidak jujur.
yang merisaukan aku lagi ialah tahfiz program hanya untuk 2 tahun dapat tahu dari mak pelajar lain...mana nak letak muhammad selepas tu,cancel sekolah biasa lepas tu nak masuk balik,memang parah..dahlah sekolah biasa ni berlumba orang nak masukkan anak masing-masing,maklum sekolah terbaik di gombak..

kata-kata marah suami pada mereka..'telanlah duit tu"
berapa banyak sangat kos muhammad ditemuduga sampai nak menganiaya orang...
kita lupakanlah perkara itu...muhammad dan iman soffea akan aku hantar juga menghafaz al-Quran di masjid negara seminggu sekali in sha Allah.

"mama, Muhammad tak jadi ke, sekolah yang asyik-asyik mengaji yang asyik-asyik solat tu?
mahal ke mama?
ayah tak mampu ye?
mampu, tapi jangan sampai kita rasa tersepit sebab agama tidak menyuruh begitu ..nak bagi muhammad faham aku bagi contoh,muhammad rajin solat wajib dan solat sunat sebelum dan selepas dan sunat-sunat yang lain tapi muhammad mengeluh sebab sakit sakit badan, disebabkan mengeluh, nanti tak berkat pula....Allah tak suka orang yang mengeluh..

mengeluh tu apa?
merungut?
merungut tu apa?
sampai bila nak habis ni....


Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa doa untuk anak-anak kerana doa ibubapa sangat hampir akan dimakbulkan:-

“Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).



12 comments:

  1. salam knur..
    mahal tu 6k setahun..dimanakah keiklas mereka sebagai pendidik ilmu agama tu,macam tak nampak je!:)
    insyaallah ada saja doa saya untuk anak2 setiap hari..:)

    ReplyDelete
  2. Tak seronoklah kan, kalau ada unsur penipuan macam tu.

    Ummi doakan moga Allah SWT gantikan yang lebih baik buat Muhammad.

    ReplyDelete
  3. sebab duit orang sanggup buat apa saja kan kak
    takpe la takde rezeki nak belajar kat situ
    sekolah biasa pon ok je. yang penting belajar

    =)

    ReplyDelete
  4. x pe la sis insyaallah ada yang lain

    ReplyDelete
  5. Sy rs sedih bc cite akk ni.bkn sedih psl $$ xdipulg kn tp sedih dgn sikap "sekolah tahfiz" yg sebegitu.. sorry to say kalu ada suara2 sumbang yg berbunyi krn sikap yg ditonjolkn oleh pihak sebegini..seolah2 mahu menjual agama demi keuntungan yg xseberapa

    ReplyDelete
  6. sy ada cita2 nak hantar anak tahfiz... tapi susah nak carik yg terbaik.... semuga Allah tunjukkan jalan pada kita

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segalanya kak nor

    ReplyDelete
  8. Menuntut ilmu agama dan mengajar ilmu agama pasti bawa keberkatan kepada semua. Pelaksanaan yang tak sepatutnya ni pasti menjadikan umat Islam di sekitar merasa kekurangan.. apa pun kak. Saya rasa dugaan ni Allah bagi awal, supaya anak akak diberikan pelajaran yang baik dan pendidik yang terbaik juga. Insya Allah.. kat mana2 past ada jalan.

    ReplyDelete
  9. Kenapa 2 tahun je yeh Knor....sebab 2 tahun dah confirmed bebudak dah habis satu alquran ke?
    Bagus Muhammad.....semangat dia nak masuk tahfiz

    ReplyDelete

  10. Takpe, pasti ada la tu hikmahnya.. next time hantar je ank KNor ke kem tahfiz intensif yg org buat masa cuti2 sekolah tu je..

    ReplyDelete
  11. terharu baca catatan akak ni. betol tu doa ibulah yang mustajab tuk anak2..ibu jangan putus asa kalo ada masalah..peringatan untuk diri saya juga..

    susah juga hendak menentukan sekolah tahfiz ni ye..ada juga saya tengok budak2 tahfiz ni macam akhlaknya tak terjaga n tak terdidik sangat..ada segelintir yg saya nampak di kedah ni..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)