Pages

Friday, January 26, 2018

FRESH GRADUATES MEMILIH KERJA


"FRESH GRADUATES ZAMAN SEKARANG MEMILIH KERJA, DEMAND GAJI, BUAT KERJA TAK RETI"

Sejak kebelakangan ni memang banyak isu tentang fresh graduates pilih kerjalah, demand gaji lah, nak kerja office hour lah, nak cuti sabtu ahadlah, dapat gaji perabis kat iphone la, tak pandai buat kerjalah, dan yang paling baru demand gaji sampai enam ribu lima ratus ringgit.

Pertama sekali nak kata demand gaji sampai RM 6500 memang agak tak logiklah nak dapat. Tapi nak kata bukan semua fresh grads pun mintak sampai rm6500. Ada yang nak mintak RM 1500 pun rasa malu.

Antara masalah utama fresh grads sekarang adalah takde pengalaman kerja. Almaklumlah, baru habis belajar, nak cekau kat mana pengalaman kerja? Mungkin adalah kerja kejap2 time cuti sem. Fresh grads nak mintak kerja over2 pun tak boleh sebab mereka SEDAR DIRI takde pengalaman.

Jadi mereka pun mintalah kerja yang tidak memerlukan pengalaman bertahun-tahun tu. Mintak kerja biasa2. Kelayakan SPM. Dengan harapan dapatlah kerja sebabnya memang berniat nak cari pengalaman dan mula dari BAWAH DULU. Tapi tu pun tak dapat sebabnya kata sesetengah majikan mereka ni terlebih layak. Nanti mereka ni DEMAND GAJI TINGGI.

Ramai je fresh grads yang tak kisah kerja dari bawah sbb mereka faham kena ada pengalaman dulu. Tapi bila tak diberi peluang, mana nak timba pengalaman.

Pasal demand gaji ni pulak, tak semua ye fresh grads ni dapat gaji tu guna untuk keperluan diri. Ramai yang kata mereka nak beli iphone/baju baru/makan mewah/. Memang ada golongan macam gini tapi tak semua ye. Tapi kalau nak beli baju sehelai dua, belanja family makan luar sekali sekala apa salahnya. Self reward kot. Asyik kerja serious je hidup hari hari pun tak syok jugak.

Pastu ada dengar cerita yang fresh grads ni tak reti buat kerja. Dah tu memanglah, baru masuk kerja kan apa salahnya tolong ajar. Memang orang dulu masuk kerja terus boleh bina sebijik klcc sorang2 ke apa?

Sebagai fresh grads pula, kita kena sentiasa menerima dan meminta orang untuk ajar kita. Jangan tunjuk ego, jangan terlampau rasa pandai sangat. Apa yang majikan ajar untuk kerja, kita ikut. Mana yang tak betul jangan ikut. Rasa diri dibuli, bersuara. Jangan diam. Kita masih dalam proses belajar, kita rasa dengan degree yang kita ada kita tau segala-galanya. Tapi kita silap. Belajarlah sampai bila-bila pun. Kumpul pengalaman sebanyak mana yang boleh.

Pasal gaji pulak, kadang-kadang mereka ni bukan nak demand sangat. Tapi zaman sekarang tak sama dgn dulu. Barang keperluan sekarang mahal. Ramai yang kerja nak tolong ibu bapa tapi gaji tu tak mampu nak cover sampai sebulan pun. Ada yang duduk jauh kerja tempat jauh, duduk rumah sewa. Kena bayar sewa lagi. Gaji sekarang sama je macam dulu. Tu yang kekadang mereka ni merungut. Jangan asyik nak salahkan mereka. Cuba faham situasi masa kini, bandingkan dengan masa dulu.


Yang muda hormat yang tua, yang tua pun kena hormat jugak yang muda. Dua-dua perlu saling menerima pandangan masing-masing. Buang ego kat tepi.

Bebelan anakanda dibah...mak kopi pes jerk...

Bertabahlah dibah.

2 comments:

  1. 1st keje = bina pengalaman. gaji akn berubah seiring dgn pengalaman... plus, pihak majikan jg ada hak utk demand jg kn utk dpt kn pekerja yg bkn sj bleh bekerja tp jg dpt menyumbang both utk syarikat dan ekonomi negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu dulu tapi bkn zmn skrg..satu pekerjaan beribu mohon makanya berderet2 penganggur.tk pilih kerja tpi majikkn yg tkut nk ambik bdk fresh graduate..

      Delete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)