Pages

Thursday, December 25, 2014

Titik Gravity

Assalamualaikum
Nak kongsi apa yang berlaku sekarang rasanya macam tak sanggup dan idea nak tulis macam kosong jer..pada hal dalam hati macam-macam nak sampaikan perasaan ni...hanya mampu berdoa..dan berdoa.

 hasil tangan muhammad temui titik gravity

N3 yang aku copy paste....buat renungan bersama....

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.
Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.
Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.
Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?
Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?
Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.
Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...
Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...


Jika rakyat negara ini BERIMAN dan BERTAQWA pasti Allah swt membuka pintu RAHMAT.
Usaha yang bersungguh untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa itu sewajarnya didahulukan.
Kita mudah terpedaya dengan cara berfikir orang barat yang hanya melihat kemajuan di sudut kebendaan dan berpendapatan tinggi.
Kita lupa faktor BARAKAH dan RAHMAT yang difirman Allah swt. Allah swt jelas menyatakan rakyat yang BERIMAN dan BERTAQWA adalah faktor utama rahmat dan barakah sesebuah negara.
Kita masih tidak mengambil formula Al Quran dalam membina kemajuan negara tetapi kita guna otak kita yang serba dhaif ini.
Elok benar musibah yang berlaku ini menyedarkan kita bahawa ada elemen ghaib yang sangat perlu diambil kira dalam pembinaan kemajuan sesebuah negara.
Cukuplah pintu bala dan musibah yang turun dari langit dan keluar dari bumi akibat dosa-dosa yang kita lakukan.
Kembalilah ke pangkuan Pencipta langit dan bumi.......

Jika dikaitkan dengan kehidupan,titik gravity adalah Iman dan Takwa maka tertegaklah Islam. 

11 comments:

  1. manusia...lumrahnya mmg mudah lupa

    ReplyDelete
  2. Moga kita semua dilindungiNYA.
    Moga mereka tabah dalam mengharungi dugaan ini.

    ReplyDelete
  3. Itulah peri pentingnya iman dipupuk dari kecik Nur. Setelah dipupuk kena baja juga. Kalau tak semuanya sekadar ilmu yg hanya menjadi hiasan pada sijil saja. SEDIH!

    Bertaubatlah saudaraku selagi Allah beri peluang.

    ReplyDelete
  4. musibah di depan mata..masih lagi alpa dengan tuntutan dunia.
    inikan yg dikatakan islam hanya tercatit dalam ic saja?
    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. rasanya pak imam bertanggungjawab panggil mrk utk berjemaah . pastu masa kuliah tu gunalah mikrofone dan tegur mrk secara terangan ttg sikap mrk , ttg ujian banjir dan ttg perlunya dekat dgn Allah ... aduhai ...

    ReplyDelete
  6. Qaseh Vee-azan tu mengajak org solatlh..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih KNor atas entri yang sangat menginsafkanku

    ReplyDelete
  8. betul ker begitu? betullah apa kata orang, menunaikan solat adalah hidayah Allah... walau pun kita sebumbung dengan masjid belum tentu kita akan dapat solat kalau bukan dari hidayat Allah... jadi sedarlah kalau kita dapat solat itu adalah kerana kita sedang menerima hidayah Allah

    ReplyDelete
  9. tak peliklah kalau kita berterusan ditimpa bala kemurkaan Allah..
    Baru ni saya di majlis khatam quran anak, masa imam bagi tazkirah pendek je pun, imam bercakap di depan, di belakang suara lebah berdengung-dengung, makin kuat imam bercakap, makin kuat suara lebah berdengung..sampai imam terpaksa tegur, tu pun masih tak dipedulikan..hanya yg celik mata hatinya mampu mengambil iktibar.

    ReplyDelete
  10. semakin dengan sikap manusia di akhir zaman

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)