Pages

Wednesday, April 23, 2014

BERDOSA ATAU HINA KE, BERKULIT HITAM?


Tak tahu nak mula dari mana..terus aje taip ikut kata hati....spontan habis...
kalau sebelum ni aku anggap perkara ini remeh,tak perlu nak kisah,dan tak penting pun...

ceritanya begini...
kalau sebelum ini aku dah biasa dengar aduan anak-anak terutama azhan,dari sekolah rendah hingga kini,persoalannya tetap sama...Kau orang India ke? ayah kau orang India ke?"
balik rumah anak-anak mengadu.."mama tadi kawan-kawan adik tanya ,ayah orang India ke?'...biasanya kami akan tersenyum dan suruh anak jawab.."aku orang Islam.."
begitu juga dengan adibah,bila ternampak ayahnya jemput dia dari sekolah,ayah kau ke tu? India ke?"...anak anak tak pernah ambil hati...cuma mengadu pada aku dan ayahnya..kami dah biasa dengan sikap orang keliling..biasanya untuk permulaan saja,lama-lama senyap...dan akan bermula balik jika di sekolah baru...

setiap hari azhan membaca al-Quran tak kira masa

baru-baru ni sampai 1 pagi aku dan azhan berborak...kalau selama hari ini,bila aku tanya sekolah atau apa saja semua ok ke? dia jawab.."ok".
di sekolah baru ni, kawan-kawan dan guru gelarkan dia botak,memang dia tak pandai berfesyen,fesyen dia botaklah..dia tak kisah pun,begitulah bila tinggal di asrama,semua pun dapat gelaran..
paling ketara bila dia di katakan budak India..."kamu orang apa,mamak ke?..bila seorang ustaz bertanya.."campur,melayu,mamak dan arab.'ringkas jawapan azhan..kamu pandai cakap arab,"sikit-sikit",ayah kamu.."bolehlah, sikit."...
dan pelajar di situ pernah solat berimamkan ayah azhan...tanpa mereka ketahui itu ayah azhan..

Azhan manusia biasa adakalanya dia marah,bila rakan-rakan bergurau..asal letrik tak ada,"azhan mana azhan,eh kau kat mana tak nampak pun".dia pun hairan dan tanya kat aku,mama adik ni hitam sangat ke?,adik tengok ada lagi melayu yang hitam dari adik..
asal nampak india,pakistan je,rakan-rakan akan kata "azhan tu saudara kau ke?'selalunya dia akan senyum dan ignore..dalam hati dia sedih..dia tak reti nak marah-marah,jiwa dia halus..
pernah azhan cakap pada rakannya..'kalau kau putih pun kau tak bijak,tak guna,orang bukan pandang pada kulit tapi pada akalnya..aku datang sini nak belajar jadi orang cerdik,bukan pandai tapi bodoh sombong".terdiam rakannya...
aku dan suami nasihatkan dia,supaya bersabar memang begitulah melayu bogek...tak rugi apa pun..last sekali dia cakap."adik tak pernah kisah pun ma"...dan ada seorang cikgunya tak suka dengan sikap orang melayu..ayat "melayu bogek" dari cikgu tulah.. melayu tak akan maju sampai bila-bila pun,jika sikap menghina,perkauman dan dengki ada dalam diri.

dalam perjalanan balik asrama adibah pesan melalui whatsapp biarlah orang hina kita,jangan kita hina orang...dan banyak lagi kata-kata nasihat dari seorang kakak...


aku dan suami tak marah pun pada sesiapa yang menghina..aku minta azhan maafkan semua rakan-rakan yang mengata dia..
terubat dengan pencapaian ujian baru-baru ni...no 2 di dalam kelas,top 40 keseluruhan pelajar seramai 276 orang,memperolehi mata pelajarn tertinggi di dalam kelas,fizik,kimia,agama,bio,dan sejarah..A+...dan lebih mengembirakan rakannya baiknya justin top 1 keseluruhan pelajar..

lebih terharu hadiah yang dia dapat masa tilawah tempoh hari sebuah al-Quran.."untuk mama"

"tak pe tapi kau hensem"...gelak endingnya..

17 comments:

  1. budak2 bese la kak..mmg mcm tu...tp klu asik kene sakit hati jugak.. ckp kat azhan,takpe..hitam itu menawan...eh..ada pompuan carik calon suami kulit gelap tau....;)

    ReplyDelete
  2. knor, serius n3 ni sgt terkesan pada KA. KA mmg berkulit putih mcm cina, but en hubby a bit sawa matang lah, kena pulak keje bawah panas2 so makin terserlah kilatnyer hehehe.. ALong ikut en hubby kulit x secerah KA, lg2 dier ni minat bersukan makin gelapp lah jad kulitnyer...jadi bila KA dtg skool dier, ramai yng x percaya dier anak KA, sebab Ummi ko mcm cina, ramai yg kata begitu!.. Pernah masa kecik2 dulu, ada kawan2 yang sindir2 sebab dier berkulit gelap, terus aje along jawab, tak kisahlah kulit kita hitam sikit, janji hati kita putih bersih, dan Along tanya, Along ni memang anak ummi kan, tpi ikut kulit abah kan...sebak betul bila Along cerita knor. Tapi itulah, kita kena sedarkan anak2 bukan warna kulit yg jd ukuran kerana Allah swt tak melihat umatnya dari segi rupa dan segala tapi dari segi amal ibadatnya kan.. betul tak knor ! tapi bila dah sek menengah ni jadi kulit segala, nampak dah cerah sikitlah along ni hehehe

    ReplyDelete
  3. anak2 kena mentally bersedia tuk berhadapan ngan mereka yg suka mempersenda dan ngejek orang..susah nak buat mereka berhenti ..
    kalau kat sini sy ckp ngan asben,bila balik nanti habeskan aidan kena kutuk sbb gelap kan kulitnya sikit..asben rs pelik jer sbb kalau kat sini sikit pun tak matter benda tuh walhal kalau kita tgk perbzeaan kulit yg ketara antara kaum india..tp ramai jer yg kawen hitam ngan putih gitu..depa tak letak sbb keutamaan pun warna kulit tuh..

    ReplyDelete
  4. Tapi Nor dan Hubby mesti bangga walau apa pun juga azhan anak yg cemerlang dan beriman. Itu yg dah buat hati kita senang. Biarlah org nak kata apa.

    Nasib baik azhan pun jenis yg cool. Jadi menantu kakak ajelah hihii...

    ReplyDelete
  5. selalu nya kat sekolah2 gitu la. minda budak2 tak berapa nak cerdik. tak habis2 nak compare kulit kau gelap la cerah sangat la, ko pendek la tonjang la, ko gedempol la kurus kedengking la. semua tak kene kan

    ReplyDelete
  6. biar dipandang hitam dimata makhluk.
    asal putih disisi allah.

    knor, biar ditetawakan org tak apa.

    beritahu anak kak nor, cakp dgn yakin, hitam tapi manis. laki kita pun kulit hitam dan pendek dan tak hensem org lain kata, bukan saya.. tp dia punya keyakinan tinggi..tinggi sangat. bangga sesangat!

    so tak ada sapa nak ejek dia. siap ckp org nak mengorat dia plk tu..

    ReplyDelete
  7. Org "low class" je yg suka cakap tak beradap mcm tu KNor. (cehh jahat pulak mulut saya ni).

    Kat sekolah lama saya dulu, yg hitam2 ni la biasanya yg cemerlang, jadi top 5, head prefect lagi!. Memang ganteng!!.



    ReplyDelete
  8. Kesuma Angsana-sebak baca,inagtkan sorang aje alaminya..

    itulah knor juga berkulit putih...berbeza sgt...iman sorang yg ikut knor..tu sbb dia tak pernah dpt gelaran2..kita redha saja..nak tutup "mulut org"..

    ReplyDelete
  9. UmmuAidan-Arissa-bangga lah diorg kalau kawin dgn omputih...

    kena ubah sikap..

    ReplyDelete
  10. Kakzakie -boleh jer kak,berbisanlah nti...ckp pun satu doa kak..heheh

    ReplyDelete
  11. Fazleyatul Aini-mmg otaknya tak pernah di jajah..heeh

    ReplyDelete
  12. Petak Bunga -sgt setuju..biar hati putih bersih..

    ReplyDelete
  13. Bangga dengan Azhan, cerdik dan kental semangatnya.

    ReplyDelete
  14. budak2 kt sekolah macam tu lah...bila dah selalu sangat kena tanya macam tu...lama2 dah lali...macam anak noe...nama dia Ali...jadi macam2 gelaran dapat...Ali Baba la..tongkat ali la..semua yg berkaitan dengan Ali la..mula2 dia marah gak...lama2 dah biasa..dia x kisah pun...

    ReplyDelete
  15. Knor tetiba sedih bila baca yg last tu...huhu...
    Hensem apa Azhan ni, pandai pulak tu...Tak pe Azhan...belajar pandai pandai, bila dah berjaya nanti ramai kengkawan yg akan mengejar...
    Psst Knor.... anak Okje kulit pun boleh tahan cerahnya hehe....

    ReplyDelete
  16. Masa saya kat sekolah dulu memang biasa kena perli2 gtu...
    harap2 org laki ni tak pandang la warna kulit,harap diorg pandang hati yang suci huhu ..
    bila kena perli mmg rasa kurang keyakinan diri..tapi dh lali dah tak rasa apa dh.. senyum je dan terima diri seadanya :D
    Artikel yang best (y)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)