Pages

Wednesday, July 4, 2012

Seorang ayah...

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa kepada sesiapa sahaja yang berpuasa,alhamdulillah.

Apa yang kita tidak tahu mengenai seorang ayah.


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
 

Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
 

Saat kita sakit demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
 

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
 

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
 

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
 

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
 

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
 

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.SUMBER

P/S YANG NYATA SAYA TIDAK PUNYA AYAH LAGI,SEDARI KECIL..TAPI ANAK-ANAK PUNYA AYAH,SAYANGILAH AYAH KAMU.


WASSALAM



18 comments:

  1. sedih plak..ayh jauh kat segamat nun...

    ReplyDelete
  2. Bacalah berapa kali pun article ini pasti mengundang rasa syahdu...

    ReplyDelete
  3. sedihnya....
    ayah saya dah lama pergi...
    Al Fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  4. sampai ketika jodoh.....ok itu sangat sedih..miss arwah abah..:(

    ReplyDelete
  5. ayah mmg byk sgt jasanya pd anak2 cuma kita anak2 seringkali lupa jasa ayah pd kita. Walau ayh garang dgn kita, jarang dekat dgn kita tp ayah lah yg bertanggungjawab membesarkan memberi kita mkn utk terus hidup dimuka bumi ini...

    p/s: ayah sya pun dah xde.. Masa kahwin segala perbelanjaan perkahwinan tanggung sendiri bersama akak2.. kalau ada ayah tentulah ayah yg sediakan semuanya kan..

    ReplyDelete
  6. as salam...

    saya sangat close dengan arwah bapa..sebab emak saya seorang yang tegas dan garang...bila baca entri tetiba macam sedih teringat dekat arwah...alangkah bahagianya kalau beliau masih ada..

    ReplyDelete
  7. ayah sayang anaknya dgn tindakan nya. ;)

    ReplyDelete
  8. SY PUN TAKDE AYAH SEJAK KECIL, BERUNTUNG MEREKA YG MASIH ADA, HARGAILAH...

    ReplyDelete
  9. buat airmataku menitis, hukhuk.. Terkedu seketia, ayh tk smpt melihatku ketika aku menjdi seorg isteri..

    ReplyDelete
  10. knor.. ada airmata yg bergenang saat baca N3 ni. alfatihah utk arwah abah!

    ReplyDelete
  11. L syg ayah L... walaupun dia ego, L tau dia syg L sgt2... i love my family.. =D

    ReplyDelete
  12. Ayah dingati setelah ia tiada di muka bumi ini,.....apa nak buat...

    ReplyDelete
  13. betoi tu.. cuma kadg ayah xreti nak tunjuk kasih sayang dia dkt kita..

    ReplyDelete
  14. sebak... saya rindukan kasihsayang ayah... arwah ayah meninggal dunia waktu saya umur 8 thn. cuma 8 thn saya menikmati belaian ayah. arwah ayah yg mula2 mengajarkan saya membaca, mengaji & erti jatidiri....

    ReplyDelete
  15. ayah2 dulu kbnyakan nya rilex..cool je, tp ayah2 zaman skrg ni ..bole tahan gak la bebelnya..

    ReplyDelete
  16. insyallah papa mifz akan hargai ayah papa mifz sebaik mungkin...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)