Pages

Thursday, February 23, 2012

Kesum

Assalamualaikum.

Pantang saja nampak daun kesum.Pasti saya akan beli,nak tanam,segenggam tanah pun tak ada.
Boleh kata semua masakkan saya akan masukan daun kesum.Sampai naik muntah anak-anak.

Nasi ayam daun kesum boleh ke?

Dari segi saintifiknya kesum dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa ,  asam pedas,masak lemak cili api,nasi ulam,nasi kerabu n macam-macam lagi.Nak buat jus pun boleh,campurkan dengan timun,lepas tu letak satu sudu kecil madu.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan daun kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih.

 Daun kesum google
 Masak lemak cili api siakap daun kesum

Nota;Nak beli tanah sepasu ada jual tak..?


Wassalam.

11 comments:

  1. Kakak masak guna daun kesum bukan kerana nak khasiat dia tapi nak sedapkan tekak. Lagilah kalau dalam asam pedas daun kesum tu pun kakak kunyah sekali. Aroma dia tu yg kick masa makan... aduh terliur pulak:)

    ReplyDelete
  2. jannah kalau masak laksa penang memang letak daun kesum sebebat. kalau boleh nak penuh kan periuk dgn daun kesum. hehehe

    ReplyDelete
  3. sy suka daun kesum letak dlm masak tempoyak..huhu..sedap..nak2 ikan patin..selalu juga masak..

    ReplyDelete
  4. ms kecik2 dulu sy ckp ketagih dgn bau daun kesum ni..belambak kt blkg umah.kalu mama msk asam pedas mesti sy suh msk kn daun ni

    ReplyDelete
  5. daun kesum memang wangi bau dia... bila masak laksa penang memang harum bau dia....

    wah... garangnya header cinnamon ni, terima kasih keran sudi menjawab teka saya, dan bukan jawapan itu yg saya inginkan...maaf yer

    ReplyDelete
  6. ape rase masak lemak tu klu letak daun kesum? huhu. lagi sedap eh. ;)

    ReplyDelete
  7. oooo, daun tu rupanya yang bikin makanan nampak harum dan sedap... saya ni tahu makan je.. ehehehe (",)

    ReplyDelete
  8. daun kesum kalau letak dalam udang masak lemak cili api memang sedaap..fuh da lama xmakan..macam penambah perisa plak..hehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah pulak masak lemak letak daun kesum....

    ReplyDelete
  10. suka daun ni kalau masak laksa.. takada daun ni kurenglah rasa laksanya.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)