Bismillah
Semoga kisah keluarga ini boleh menjadi inpirasi buat kita-kita ni...tak banyak dapat sikit pun jadilah yang penting istiqomah...
Jika kita sibuk dengan kebaikan kita tak akan sempat lakukan keburukan.....
ketua keluarga ialah si ayah,ayahlah yang menentukan bagaimana sesebuah keluarga terbentuk
gambar diatas hiasan semata
Al Hafiz Luqmanul Hakim diiktiraf pelajar terbaik SPM baru-baru ini. Siapa dia?.
Datuknya
merupakan bekas Senator iaitu Ibrahim b Abdullah. Dlm keluarga ini
sebenarnya mereka mempunyai adik beradik yg agak ramai tetapi semuanya
berjaya ke menara gading. Ramai antara mereka adalah peguam dan ahli
politik.
Antara nama yg
mungkin dikenali ialah Datuk Kamelia Ibrahim ( Bekas Timbalan Ketua
Wanita Umno Malaysia ) ibu saudara Luqman. Bapa saudaranya Datuk Radhi
Manan ( Pengerusi Lima Langkawi & mantan Exco Perak ), Norlie ( Exco
Pelancongan Perak skg ) pula adalah adik beradik saudaranya. Keluarga
ini hebatnya bukan sahaja dididik dgn ilmu dunia yg baik malah ilmu
akhirat yg baik.
Kini rumah banglo 3 tingkat yg mempunyai kolam
renang di Padang Rengas selepas pemergian Senator Ibrahim ( Datuk
pelajar ini ) telah diwakafkan menjadi pusat tahfiz. Ia adalah pusat
tahfiz yg moden, canggih dan selesa. Begitu sekali pengorbanan anak2 utk
membantu ayah mereka di akhirat...
Dlm keluarga besar ini mereka
mempunyai pelbagai fahaman politik. Yg berkerjaya hebat pula mereka
mengamalkan Islam yg sgt baik. Ada yg menyertai Tabligh dan sebagainya.
Malah ibu Luqmanul sanggup berhenti kerja dlm kerjayanya sebagai seorang
hakim utk mendidik anak2 nya. Bacalah profile rasmi Luqman di bawah.
Biodata yg saya berikan adalah berdasarkan pengetahuan saya sebagai ahli
keluarga sepupu Luqman. Mudah mudahan ia boleh dicontohi oleh kita
bersama.
Inspirasi dari kisah Al-Hafiz Luqman
Assalamualaikum wrt wbt,
Secebis perkongsian dari latar belakang kehidupan Pelajar Terbaik SPM 2014 Sek.Men.Keb.Taman Keramat.
Al-Hafiz Muhammad Luqmanul Hakim bin Haji Abd.Latif
Nama: Muhammad Luqmanul Hakim bin Abdul Latif
Penghafaz 30 Juz Al-Qur'an
Keputusan SPM 2014:6A+, 3A
A+(Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi)
A( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik)
Ibunya Hajjah Nurul Jannah binti Ibrahim: Seorang suri rumah semenjak usia 32 tahun( bekas Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur)
Ayahnya Haji Abd.Latif bin Ishak: pesara pada usia 43 tahun ( bekas Manager Malaysian Helicopter Services MHS Aviation Sdn Bhd)
Sekolah:
Tahun 1: Sek.Ren.ISLAM Al-Amin(SRIAA)
Tahun 2-4: Pusat Tahfiz Darul Hafizin
Tahun 4 September: Mengikut keluarga ke Mesir mengambil Kursus Asas Bahasa Arab di Markaz Nil Kaherah, Mesir
Tahun 5:SRIAA
Tahun 6:Mengikut keluarga ke Yaman dan bersekolah di sana beberapa bulan
Tahun 6 : Menyambung persekolahan di SRIAA
*Persekolahannya tidak tetap dan sering tidak ke sekolah.Namun, beliau
berterusan menghafaz di rumah sehingga tamat 30 Juz Al-Qur'an pada usia
12 tahun
Ting.1:
Bersekolah di Sek.Men.Islam Al-Amin untuk beberapa bulan kemudian
berhenti sekolah bagi memberi tumpuan kepada hafazan di rumah
Ting.2-3: Hafazan di rumah
Ting.3: Mengambil tuisyen di Maths Clinic
*Beliau tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR
Ting. 4-5:Sek.Men.Keb.Taman Keramat.
Pencapaian:
Memperolehi Syahadah 30 Juz dari Us.Ghazali di Madrasah Alyamani di Kampung Baru
Menerima elaun Skim Galakan Hafazan Baitulmal MAWIP sejak tahun 2011
Menyertai dan memenangi Pertandingan Hafazan di sekitar Taman Keramat
Menjadi Imam Solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya Mendapat tempat no.1-3 setiap kali menduduki peperiksaan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah
Tingkatan 4 dan 5 banyak memperolehi anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran
Amalannya:
Solat berjemaah di rumah bersama keluarga( menjadi imam sekiranya ayah dan abangnya tiada di rumah)
Rajin Solat Berjemaah di surau berhampiran
Sentiasa mengulangi hafazannya pada setiap malam sebelum tidur
Hobinya di waktu petang: Study group/ bermain bola sepak bersama rakan sekolahnya
Mengambil kelas tuisyen di malam hari
Membuat tugasannya di rumah( tidak mempunyai pembantu rumah)
Latar belakang keluarga:
Merupakan anak ke-8 dari 10 orang adik- beradik
Ibu
dan ayahnya mengutamakan hafazan Al-Qur'an sejak mereka masih kecil di
samping kesemua adik-beradiknya telah pandai membaca al-Qur'an dan
khatam al- Qur'an sejak di usia awal persekolahan
Ayahnya
melazimi mentasmik hafazan beliau dan adik- beradik selepas Solat
Maghrib di mana seorang demi seorang dipanggil untuk ditasmik mengikut
tahap hafazan masing- masing
Keluarganya
amat mengambil kira soal pemakanan agar tidak memakan makanan yg haram
dan syubhah di samping mengamalkan tamar dan kismis pada waktu pagi.
Menutup televisyen sejak 10 tahun yang lalu bagi mengelakkan kelalaian dan maksiat yang terdapat padanya
Melazimi solat berjemaah sekeluarga untuk setiap waktu solat
Ibu bapanya sentiasa memantau perkembangan pelajaran dan hafazan
anak-anak selain sentiasa menyemarakkan amalan membaca dan cintakan ilmu
dalam kehidupan
Ibu bapanya telah menubuhkan HIFZ, kelas hafazan dan bahasa Arab
untuk kanak-kanak berusia 4-10 tahun pada tahun 2011 di rumah
mereka.Kini, HIFZ mempunyai 100 orang pelajar dan dibantu 6 orang guru
Adik-beradiknya:
Kakaknya Nurul Hidayah ( lulusan Degree Mechanical Engineering,UTP),
bekerja di JIMAH Power Plant kini sedang menguruskan perancangan home
tuition Al-Qur'an yang diusahakan bersama suaminya Mohd.Fadzil bin Ramli
Kakaknya, Ustzh.Nurul Hayati (lulusan Degree Syariah Law and
Jurisprudence, KUIS) kini membuka Tahfiz dan Akademik Madrasah
Nizhomulhayah dan pengurus di syarikat home office Maktabah Nizam
bersama suaminya, Us.Nizamuddin bin Isemaail
Kakaknya Us.Nurul
Hazirah ( lulusan ACCA B.Sc.Applied Accounting(Oxford Brooke's
Univ.Kini,merupakan tenaga pengajar di HIFZ bersama suaminya
Us.Mohd.Taufik bin Bakeri di samping menyambung pengajian Islam di
Uni.Malaya
Kakaknya Dr.Nurul Hasanah ( lulusan Medicine Uni.Cairo
Mesir) kini bertugas di Hospital Taiping dan merancang untuk memberi
tumpuan kepada dakwah dan bisnes bersama suaminya Us.Emran bin Ahmad di
Syarikat Urwatun Wusqo Enterprise milik mereka
Kakaknya, Nurul
Hakimah kini sedang menyambung pengajian di tahun 4 Medicine di
Uni.Al-Azhar, Mesir dan merancang untuk menyambung pengajian dalam
Alternative Medicines.Beliau telah menghafaz 5 Juz Al-Qur'an dan sedang
masih meneruskan hafazannya
Abangnya, Abdul Hafizul Haq kini
sedang menyambung pengajian dalam Political Science and International
Relations di Bursa Orhangazi Univ (BOU) di Turki.Beliau telah menghafaz
30 Juz Al-Qur'an dan sering menjadi Imam solat Tarawih di surau
berhampiran rumah mereka
Kakaknya, Nurul Hamizah kini sedang
menyambung pengajian dalam bidang Medicine di Cyberjaya Univ.College of
Medical Sciences.Beliau merupakan Pelajar Terbaik SPM 2013
Sek.Men.Keb.Puteri Wilayah dengan memperolehi 11A(8A+, 1A, 2A-).Beliau
juga telah menghafaz sebanyak 20 Juz Al-Qur'an
Adiknya, Ahmad
Khairul Haaziq kini sedang berada di Ting.3 Sek.Men.Islam Al-Amin
setelah berhenti sekolah untuk memberi tumpuan pada hafazan di
rumah.Beliau telah menghafaz 10 Juz Al-Qur'an
Adik bongsunya,
Nurul Hanisah adalah Pelajar Cemerlang 2014 UPSR 5A dan PEKERTI 8A dari
SRIAA dan kini tidak bersekolah untuk memberi tumpuan kepada hafazan
Al-Qur'annya di rumah.
Demikian secebis kisah yang mungkin boleh dicontohi oleh para ibu bapa dan menjadi inspirasi buat huffaz.
N3 diatas adalah copy paste dari fb sahabat....