Assalamualaikum.
Terlanjur asyik tayang gambar-gambar hantaran di sini ingin saya beritahu tentang adab-adab orang yang sudah bertunang..tak kira sesiapa pun dia adik beradik,saudara mara,anak-anak buah, atau rakan taulan...bukanlah bijak sangat bab agama tapi sedikit sebanyak yang kita tahu wajib berkongsi. Pada sesiapa yang berkenaan harap maklum kalau nak terasa pun tak mengapa saya tak kisah...
Setiap pasangan
yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi
kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati Allah SWT.Walaupun pasangan itu diikat dengan tali
pertunangan, mereka perlu ingat bahawa mereka seperti orang lain iaitu
bukan mahram.
"Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaan dan ke
mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh
naik motor ataupun kereta bersama-sama," setiap pasangan yang bertunang hendaklah dipercepatkan ijab
kabulnya. "Sememangnya tak elok dan manis jika lama bertunang, lagi pun
ia dapat menjaga perkara yang dilarang agama. "Contohnya bila lama
sangat bertunang kemungkinan berlaku sentuh-menyentuh antara satu dengan
lain sedangkan perkara itu adalah haram dalam Islam," Dalam Islam memang ada adat merisik sebagai tanda jadi bagi
pasangan yang mahu berkahwin.
Baginda bersabda: 'Jangan kamu meminang di atas peminangan orang'.
"Maksudnya orang lain tak boleh kacau dan dalam tempoh tersebut jika
berlaku peminangan hukumnya haram," katanya.
Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
1.Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
2.Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
3.Awas fitnah masyarakat sekeliling.
4.Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan
5.Haram melihat kepada aurat masing-masing.
6.Awas daripada bertukar gambar.
7. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
p/s jangan sampai orang sekeliling muak dan jemu rasanya lebih baik sepikan diri dalam proses bertunang.carilah ilmu dengan membaca dan menelaah tentang alam rumah tangga.jika belum bertudung bertudunglah..kalau tak malu dengan keluarga malulah dengan ALLAH..buatlah kerana ALLAH.
hamba memang suka berterus terang...lebih jelas "sound direct"