Pages

Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

PEMANDU KURANG AKAL

Assalamualaikum

Lepas sarapan kat kedai mamak Amenabe pi cucuk duit sat kat mesin..sebelum tu nak bagitaulah res aminabe ni dekat dengan rumah knor , kat prima gombak,kat sini ramailah retis2 makan,ustaz2 ngetop makan....tapi sebab dah biasa nampak tak heran pun haha...diorang heranlah dgn aku sebab tak habis2 jubah hitammm...."eh tak ada baju ke dia,eh tak mandi ker dia ni.."(aku yg perasan sebenarnye)

Ok sambung balik cerita tadi,lepas adibah pi cucuk duit,pi isi minyak pula.tiba2 bising jer kat petrol pam tu...nampak sorang pak cik ni duk marah2 ...sementara tusuami pi masuk dlm bayar,risau gak tengok suami berdiri sambil tengok pak cik yg bising2 tu..kut2lh nak jadi hero bidan terjun,risau gak ..jangan oiii,tak dapek den nak nolong....
Tau pasal apa pak cik tu bising,pasainya ada kereta duk cantikk parking kat orang nak isi minyak tu...taulah dia pun nak isi minyak juga,kalau ye pun nak pi tandas ke,nak pi tberak ke,isi minyak dulu,lepas tu pilah parking kat tepi tandas tu, nak berak ke, nak tercirit ka, suka hatilah..patutlah pak cik tu bising,akai tak dak....ni dah dua kali aku terserempak dgn org2 yg bonggok..eloklah pak cik tu bising....orang tu keluar jer bertambah bising,syukur tak ada gaduh2...tengok pd jaket pak cik tu mahaguru silat.....

Ustaz kata kalau nak tengok takwa seseorang tengok bilamana dia sabar menahan marah..

Contoh lagi bila kita bawa kereta lepas tu orang potong lepas tu dia bawa slow pulak depan kita...kita pun panas hati nak potong balik...nilah nilai takwa kita,kalau kita balas balik maknanya kita bukanlah orang yg bertakwa sgttt...hihi..kalau suami buat juga, mulalah aku bersuara ..mana takwa?"..mana takwa?"tak jadi nak buat....hihi berjaya juga kadang2..

Kalau korang nak tau bertakwa ke tak cuba....berjaya ke tak untuk menahan marah....

Salam zohor


Wassalam




Thursday, August 20, 2015

SUP BODOH MEE HOON BODOH

Pernah dengar tak sup bodoh atau mee hon bodoh..kesian kat makanan tu semua, tak pasal-pasal di gelar bodoh...ke, orang yang makan tu bodoh sebenarnya...
aku pertama kali dengar dari mulut anak buah...masa aku jamu nasi ayam ,biasakan nasi ayam mestilah ada sup...sup aku ni mudah jer...air rebusan ayam tu aku perasakan n bubuh bawang goreng  n daun sup...kosong...hanya sup tak ada ayam,cuma stok ayam...
"tengok ibu, agh masak sup BODOH-BODOH pun sedap...
"ha sup bodoh"..sambil gelak.."
"kesian sup"

Fakta tentang mee hoon bodoh:
tak ada sayur
tak ada ayam,udang atau daging
kering
bau hangit
tawar
keras
bila makan rasa tercekik...
kalau kat restoran makan sekali lepas tu comfrm tak datang-datang dah..
mee hoon ni tak bodoh sangat alhamdulillah

Itu sup...ini mee hoon pulak...biasa akan jumpa kat mana?...mestilah kat sekolah hingga universiti...
kat sekolah lagi teruk mak cik kantin masak...tak percaya pergilah beli meehoon kat kantin sekolah anak-anak,kosong jer..kan..kalau kosong,basah ada rasa oklah  ini tak,tawar n kering,.kesian anak-anak...mentang-mentanglah diorang budak-budak lagi...

ingat kat sekolah jer ke...kat IPT pun sama...tambah kalau ada event-event untuk pelajar..rezeki dapat makan sedap seronok sangatlah diorang..tup-tup dapat meehoon bodoh...tiba-tiba selera terbantut..sebab lapar makan jugalah..adibah dengan kawan-kawan dia siap tabur rempeyek lagi untuk bagi sedap....adibah tak tau sebenarnya apa tu mee hon bodoh,yang dia tahu mee hoon jer...sekarang dia dah tahu...
ILMU BARU...


kehidupan manusia berputar pada tiga perkara Syukur, Sabar, dan Istighfar. Seseorang takkan lepas dari salah satu dari tiga keadaan....

#syukurMalaysiamasihaman


Monday, April 20, 2015

HILANG



Hilang nikmat makan,hilang nikmat ibadah,hilang nikmat tidur....baru sikit sakit kita rasa macam teruk sangat....Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini...sesungguhnya terlalu banyak dosa yang dilakukan sama ada sedar dan tidak sedar....
macammanalah orang yang sakit teruk,tak boleh bangun,miskin...kuatkah diorang,tabahkah hati diorang...sakit anak-anak kecil yang merintih....menangis ...kuatkah diorang,redhakah mak bapak diorang....




bila orang lain ditimpa musibah sakit mudahnya kita berkata-kata...sabar,sabar,dan sabar bila kena batang hidung sendiri....ha rasakan....

Ketika Allah rindu pada hamba-Nya,
Ia akan mengirimkan qado istimewa melalui
malaikat Jibril yang isinya adalah ujian..
Dalam hadits Qudsi Allah berfirman :
"Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah
berbagai ujian padanya karena Aku ingin
mendengar rintihannya."
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)..
Ketika kita tertimpa musibah apapun itu,
Maka bersabarlah..!!
Karena sesungguhnya Allah sayang dan rindu
kepada kita..






Monday, February 23, 2015

MANISNYA MUSIBAH ITU

Bismillah
Assalamualaikum dan selamat petang...

Ini memang cerita sedih, setidaknya bagi aku Tapi terpujilah Allah yang Maha Kreatif itu!!! Sungguh Dia selalu punya cara untuk membuatnya terasa manis dalam jiwa...

kejadian tengahari isnin semalam selepas menghantar muhammad ke sekolah.jalan agak lengang maklum tak habis lagi dengan cuti ..aku berhenti di simpang masuk ke rumah signal kiri juga aku pasang...tiba-tiba ada sebuah kereta iswara memecut laju nak masuk simpang..dahlah laju, makan jalan pulak tu..tak semena-mena..'kedebuuummmm..aku yang elok berhenti di langgarnya.memang aku dah agak memang akan kena langgar punyalah..tak sempat aku nak buat apa-apa..pasrah.
aku undur ketepi macam tu juga dengan kereta yang melanggar aku..aku keluar tinjau-tinjau apa jadi dengan kereta aku tu..
mula bersuara.."kenapa akak tak berenti?"saya dah berenti awak yang langgar saya,kenapa awak laju sangat tang korner tu.."maaflah kak saya tak nampak akak tadi,..takpe, benda dah jadi..kita tak boleh elak..kerja Allah kataku..'
aku tanya macammana ni nak pergi balai ke,dia cakap kita settellah kak,saya bayar..
sementara tu aku call suami...suami suruh tunggu,kejap lagi dia sampai..sementara tu aku follow dia kat belakang pergi bengkel kereta..bila dia tanya berapa,memang aku tak boleh suka-suka hati nak letak harga..kita tanya kat bengkel berapa kos semua..tak lama suami sampai..bab ni aku tak campurlahkan..tak adalah marah-marah atau gaduh-gaduh..bincang pasal nak repair jer...orang yang langgar aku tu pun baik..benda nak jadi,kita redha.
sempat juga aku bergurau dengan adik yang langgar aku tu.."inilah agaknya Allah nak bagi rezeki akak  tukar bumper baru..
daripada di langgar sampai habis isteri orang yang langgar aku ni langsung tak keluar dari kereta..tak kisah kalau tak nak minta maaf atau tak nak tengok kereta aku yang kemek tu..sekurang-kurangnya dia tengoklah kereta suami dia yang kemek tu..
dari mula dia asyik main hp, sibuk dengan dunia dia...apa punya pesen binilah ni..

Tak habis cerita di langgar..ini kes melanggar pula...
lepas maghrib malam isnin seperti biasa suami pergi belajar tajwid  di masjid kepong..
nak di jadikan cerita malam yang gelap nak masuk simpang pandang kiri kanan tak ada motor..bila nak masuk jer..'kedebuuummm"..pecah habis cermin kereta sebelah  driver,compomlah kemek pintukan..apa jadi dengan motor tu..'sedih nak cerita kat sini..suami bergegas keluar tengok apa jadi..astagfirullah..adik motor tu luka agak teruk...kebetulan masa tu ayah kepada budak yang di langgar tadi lalu kat situ..suami terus bawa pergi klinik..doc dah check semua alhamdulillah tak ada yang patah riuk bagai..sekadar luka luaran..itu pun suami ngeri tengok..berkali-kali suami mohon maaf..dalam pada menunggu rawatan sempat suami bersembang dengan ayah budak tadi..."kebetulan siang tu aku dengan suami tengok youtube pasal kemalangan motor..merata tempat pelbagai kemalangan babitkan motor dengan kereta..semua salah kereta..maklum motor ni tercuit sikit pun jatuhkan...tambah kalau tercuit banyak..'masih ingat kata-kata suami masa tengok video tu.."janganlah jadi macam ni...
tengok ajelah dalam satu hari aku dan suami terlibat dalam kemalangan.."Kun Faya'kun.amat benarlah kata-kata Allah.siapa aku dan suami nak menidakkanya..
aku tanya kat suami macam mana diorang marah-marah ke? suami jawab, MasyaAllah punyalah diorang tu baik..sikit pun tak marah.
aku mula selit kata-kata ni kat suami "agaknya abang berpakai sunnah kut..tu yang buat hati diorang lembut tengok abang"..suami senyum tenang jerrr..

aku teringat satu kisah suami langgar orang juga..nak masuk simpang tak bagi signal...masa tu aku dan anak-anak juga ada..balik beraya kalau tak silap...semua kami berjubah termasuk anak-anak..
tergolek jatuh pemuda india ni dengan motor-motor sekali timpa dia...tengok pada pakaian pemuda india ni..bersubang,rambut perang macam gangster..memang takut tengok...aku dan suami bergegas tengok suami terus pegang bahu dia minta maaf sambil tolong bangunkan dia..aku pulak angkat motor dia..turut minta maaf berkali kali..suami tanya ada sakit tang mana-mana tak,nak tolong bawa pergi klinik...Budi bahasa pemuda India tu MasyaAllah punyaI hati yang baik.."banyak kali dia cakap.."takpe bang sikit aje ni..sikit jer bang..takpe..takpe..sambil senyum walau pun masa tu kaki dia terhenjut-henjut..kami tunggu sambil dia beredar...
dia tinggalkan kami dengan lambaian..

Sesungguhnya, sabar itu memang penyelamat keadaan. jangan mudah ada perasaan amarah dan bengang bila masalah datang menimpa. Banyak-banyakkanlah bersabar kerana sabar itu memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan bertindak sewajarnya. Wallahhualam.

Cara Allah Menegur..

Allah Ta'ala berfirman:
وَمَآأَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا عَن كَثِيرٍ ( الشورى: 30)
artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30) - See more at: http://indonesian.iloveallaah.com/hikmah-dibalik-musibah/#sthash.HuVY0B32.dpuf
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ ( QS. Yunus : 107 )

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)