Assalamualikum.
Apabila kita menghitung nikmat Allah,tentu tak terhitung banyaknya kan.Allah hanya menuntut supaya manusia mensyukuri nikmat itu.
Tapi adakah manusia mensyukuri nikmat itu,saya bagi yang paling mudah, contoh hidung kita bernafas,adakah kita sedar yg kita ni masih hidup untuk menyedup udara segar...berapa ramai bila kita bagun dari tidur mengucapkan "Alhamdulillah".
Pada hari minggu biasanya sarapan pagi,kita makan di luar ,dah lah malas nak masak,bila keluar je dari rumah,suami pakai seluar pendek,isteri pakai tudung tapi berbaju ketat,atau tak bertudung pun,atau bertudung tapi menampakkan lengan,Mana perginya "Allahuakbar',mana pergi Iyyaaka Na'budu Wa Iyayaakanas Ta'iin. "Mana nak datangnya berkat".
Ada pulak jenis manusia yang bila pergi kenduri,main langgar je waktu solat,contohnya perjalanan dari gombak ke Klang,mengambil masa yang agak panjang,kata lah mula perjalanan pukul 12:30,masa dalam perjalanan dah pun masuk solat Zohor,sampai rumah pengantin terus makan,perut tengah lapar ni,bila perut dah penuh ,apa jadi ,ada yang ingat solat Zohor tadi, Alhamdulillah,pada yang tak ingat ni, "nak kata apa",mana perginya "Allahuakbar".Perjalanan balik pun sama mengambil masa yang panjang,terlepas lagi solat Asar..konon nak rapatkan silaturrahim.
"Mana datangnya berkat".
Ada lagi jenis manusia,bila bertandang ke rumah saudara yang kaki solat,elok bertudung,masuk waktu solat,terus solat,ini manusia yang takutkan Allah ke,atau takutkan tuan rumah.Ada juga yang tak solat langsung,ini lagi teruk.Tapi bila berjalan bersama keluarga,contoh bawa anak-anak makan angin,buka tudung,baju jangan nak kata lah,dah macam sarung nangka.Solat tak tahu lah. buat ke tak buat.Ini jenis sekejap pakai tudung sekejap buka tudung,nak main-main dengan Allah pula ye.Mana "Allahuakbar'."Mana datangnya berkat."
Fabi aii a'laa irabbikumaa tukazziban {nikmat Allah mana yang kamu nafikan}, Sebanyak tiga puluh dua kali ayat ini dalam surah Al-Rahman.
Allah berfirman:
Adakah kamu melihat orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhan?Allah membiarkannya sesat kerana Allah mengetahui(kejahatan hatinya),menutup pendengaran,hati dan penglihatannya.Oleh itu, siapa yang memberi pertunjuk melainkan Allah?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"{Surah al-Jasiyah ayat ke- 23}
Terpulang lah kepada sesiapa yang nak terasa..
Wassalam.