Pages

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

"BILA ASYIK MEMIKIR DUNIA"


Assalamualaikum everyone..

Jangan pernah putus asa untuk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah...ramai ibu bapa yang merunggut pasal anak-anak degil,tak dengar cakap,malas nak solat,malas..malas...malas..

kalau anak-anak jadi macam tu tak ada salah sapa-sapa pun ianya salah mak bapak tu sendiri...
kita yang wajib dulu mencari lmu untuk didik anak-anak...
semua mak bapak nak anak jadi soleh dan solehah tapi mak bapak macam mana pulak..??aku pun masih belajar lagi ni..kadang anak-anak yang ajar...boleh gitu..

ingat!! anak-anak itu adalah amanah.

mak-mak ni suka sangat merungut,membebel,anak baru buka pintu dah marah-marah..
tu sebab diorang dah kebal dengan bebelan mak-mak ni..masuk telinga kanan keluar telinga kiri...dah biasa,tak rasa apa-apa...pun.

"sebut jer pasal solat anak-anak buat derk jer..sambil pegang hp mana tak bengang...macam mencurah air atas daun keladi...hai geramlah,sakit hati,rasa macam nak tampar-tampar jer"..
belum lagi cikgu sekolah talifon,..pergi sekolah,tapi tak masuk sekolah,hai malulah...balik sekolah tiba-tiba jer rambut sengget sana sengget sini..tanya kenapa..cikgu gunting..sebab rambut panjang,fesyen entah apa-apa...peninglah...

sebenarnya semua tu salah didikan...anak-anak ikut kita sebagai mak bapak dia...
kalau mak bapak jenis solat kejap buat,kejap tak buat..bila sibuk kerja,tak solat,bila kenyang pula saja buat-buat lambat solat..nak masuk asar baru terheggeh nak solat zohor...kadang pergi rumah orang mak-mak sibuk bersembang sampai tak solat,pergi berjalan bercuti tak solat,masa drive tak reti nak singgah solat...tak ada disiplin langsung main langgar semua..



muhasabah diri kita balik...kita ni bagaimana..?
nak anak-anak cantik luar dalam kita kena cantikkan diri luar dan dalam juga...mula dari dalam perut lagi ye...buanglah sifat malas nak solat tu berdoalah,merayulah,minta ampun pada Sang Pencipta selagi nyawa masih ada..
hidup kita ni sementara saja janganlah asyik fikir nak seronok,fikir nak tambah harta,fikir nak beli itu dan ini...
jomlah kita cari ilmu berkawan dengan orang yang ada ilmu mintalh nasihat dan sbginya..jangan sombong,jangan ego nak belajar agama...bila cakap pasal agama semua tau..tapi hampeh buat tak juga...tak buat urusan kamu dengan Allah tapi janganlah berlagak sombong...banyak dah Allah bagi kat kita ni,bila lagi kita nak memberi..jangan pandai nak ambil saja...

kita ni HAMBA sahaja,yang keluar dari tempat yang kotor...

Kalau nak anak-anak "MENJADI"tunjuk  akhlak peribadi yang baik..bukan saja dengan manusia tapi dengan Allah swt.

"Masa tetap bergerak walau kau hancurkan semua jam yang ada di dalam dunia."



Tuesday, February 28, 2012

Latihan hidup.

Assalamualaikum.


Seseorang yang meninggalkan solat ia akan rugi,kerana ia latihan hidup yang teratur,membentuk sikap dan sahsiah seseorang yang akan hidup teratur dan sistematik.Dan jika kita mengikut sistem yang di gariskan,maka ia akan memberi pengajaran latihan terus menerus kepada manusia agar hidup teratur dan sistematik yang sulit menjadi mudah dan dari yang berat menjadi ringan.

p/s Sembahyanglah kamu,kemudian bertebaran.

Wassalam.

Thursday, November 10, 2011

Suka-suka hati...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari Allah Swt.dan junjungan Rasulullah Saw.
Untungnya mendapat ke bahagiaan dunia dan syurga di akhirat.Rugi di dunia adalah hidup seperti haiwan dan syaitan,hidup porak peranda dan menderita.Rugi di akhirat adalah kerugian yg besar,iaitu masuk neraka dengan azab sengsara dan seksa yang dahsyat.

Pernah tak anda yang mempunyai kawan,saudara,adik,atau abang yang malas nak solat,atau ibu bapa sendiri pun tak solat atau diri sendiri pun tak solat.Saya akui saya banyak terjumpa,atau berjumpa orang-orang yang tak pernah solat langsung,orang yang kadang-kadang solat,orang yang jarang-jarang solat,orang yang zohor dia solat,asar dia tak solat,maghrib dia solat,isyak dia tak solat ,dan ada yang solat macam lipas kudung...laju macam kereta api.

Perlukah kita menasihati mereka?kerana mereka sudah besar-besar,bekerjaya,belajar tinggi ada ke dudukan,yang hidup sederhana pun ada,yang miskin pun ada,yang baik sangat pun ada tapi solat tak jaga,dan berbagai ragam lagi.Apa jadi kalau kita menengur mereka?
Macam alim sangat?  
kubur masing-masing!
Atau tak nak jumpa kita dah.
Macam bagus je?
Alah tau lah,tak yah bagitau,
Aku uzur lah...[memanjang uzur]

Allah bersumpah dengan masa adalah penting dengan alasan perlu di ambil perhatian,Allah mengiringinya dengan amaran,iaitu manusia berada dalam kerugian.Apabila tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi,maka ia perlu beriman dan beramal soleh,saling berpesan kepada ke benaran,supaya menjadikan sabar dan solat sebagai penolong.

Bukan nak tunjuk alim,tapi inilah hakikat orang-orang yang mengaku Islam .Hanya islam pada nama.
Wassalam.


Wednesday, August 3, 2011

Buku panduan Allah.

 Assalamualikum,rakan-rakan pernah membeli benda baru,contohnya kereta atau motorsikal,atau barangan elektronik,sekurang-kurangnya saudara atau saudari tentu di beri petunjuk dan peraturan mengenai cara pemakaian atau pengunaannya.Orang yg membeli motosikal baru misalnya,biasanya di beri tiga buku panduan.Pertama,buku panduan tentang petunjuk cara pemakaian dan penjagaan motosikal.Kedua,buku servis dan jaminan yg menceritakan cara-cara mengunakan pelbagai servis.Ketiga,buku pertunjuk perkara penting yg perlu diketahui oleh si pemakai motosikal.Jadi,bagaimana dgn manusia?
Oleh kerana Allah menciptakan manusia,maka dia yg paling mengetahui mengenai manusia.Berkenaan buku panduan,Allah memberikan dua panduan kpd manusia yg menjamin keselamatan di dunia dan akhirat iaitu al-Quran dan sunnah.Sesiapa sahaja berpegang kpd ke duanya pasti selamat dan tidak sesat.Allah lebih mengetahui perkara yg bermanfaat bg kita manusia dan perkara yg mengandungi keburukan.Kedua-duanya sudah tertulis dlm ajaran Allah.Setiap perintah agama mempunyai kebaikan,setiap larangan pasti mengandungi keburukan.
Solat contohnya,tidak mungkin Allah mengajarkan perkara yg mendatangkan ke burukan kpd hambanya.Sebaliknya memberi kebaikan drp segi jasmani mahupun rohani.Allah berfirman:
                              " Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui yg kamu zahirkan atau rahsiakan',dan dia maha halus lagi maha mengetahui?"{Surah al-Mulk,ayat14}

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)