Pages

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

OPAH DAN ATOK


Malam tadi ziarah opah dan atuk (makcik belah suami) dirumah dh seminggu sakit ..opah tak ada anak,cuma ada anak angkat yg duk jauh...memang nampk uzur sgt keduanya ,nak berjln dri satu tempat ke satu tempat ambil masa lama,dgn tak ingat macam2 perkara,lupa itu ini,telinga pun dh makin kurang pendengaran...
Masa diorang sehat memang kaki jln,melancong sana sini,boleh kata negara mana yg diorg tak pergi, semua pergi..setakat dlm malaysia ni semua separuh harga kalau menginap kat satu satu hotel..nak pergi ckp jer...

Sekarang diorang dh tak sekuat dulu, isteri semakin uzur,suami masih ada kekuatan sedikit nak berkebun,kadang gagahkan juga main golf..katanya kena buat aktiviti sehat..kalau tak semakin tua ,semakin uzur...pada pandangan kami dia dh tak kuat..tapi semangatnya sgt kuat...gigih menyapu halaman rumah lagi...buat2 kuat kut..yelah anak tak ada...harta banyak, sapa nak urus...sakit pening sapa nak jaga..sebak tengok bila tgok keadaan macam tu..

Insaf terus..gambaran jelas
Satu hari kita juga akan tua,sakit,mati..

Malam tadi nor hantar lauk ,pagi juga nor hantar lauk..itu jer yg mampu buat selain doa..

Pagi tadi sebelum balik ambulan dtg ambil opah utk ke Tawakal hospital..takut dibiar boleh melarat..
Skrg mcm2 penyakit..

Teringat terus kat n3 kak zakie baru2 ni....

*Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
*Sihatmu sebelum sakitmu
*Kayamu sebelum fakirmu
*Lapangmu sebelum kesempitanmu
*Hidupmu sebelum matimu.

Selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua teman2 maya..💙💙💜💜💝💝💝

Tuesday, April 14, 2015

NASI LOBAK MERAH SAMBAL MANGGA KERABU MANGGA


Lepas sorang,sorang sakit...sahut menyahut batuk...mula dari iman,lepas tu suami,lepas tu muhammad, aku..dengarnya azhan dan adibah juga sedikit demam n batuk....harapnya aku kuat untuk menghadapi sakit-sakit ni....ampunkan aku Ya Rabb.

Beras bashmati
2 biji karot hiris halus
bawang besar
bawang putih
halia
jintan manis halus
sedikit air

tumis semua bawang n jintan manis,dah garing tumis beras pula...selama 5 minit..masukkan sedikit air masak dalam rice cooker..dah kering masukkan hirisan karot..tutup.selepas 10 minit gaulkan nasi tadi bersama karot..lagi banyak karot lagi sodappp tau...yang susah makan karot tu...kalu buat gini kompom makan....

Masam-masam jadi pilihan...sambal belacan mangga dengan kerabu mangga..


sedikit mangga
cili merah
bawang besar
cili padi
belacan
jus limau
gula
garam
goreng cili,bawang n belacan
masukkan mangga, garam,gula dan jus limau
kemudian kisar

mangga hiris nipis
cili padi
udang kering
jus limau
bawang besar
gula
garam
gaulkan kesemuanya.....sukatan bahan suka hati....


Apabila ditanya kepada Imam hassan Al Basri "apa khabar"
Jawap beliau "seperti orang yang akan mati sebentar lagi"



Tuesday, May 13, 2014

TEMBIKAI DAN MANGGA

"Semua orang berhak berkongsi kebaikan dalam fb atau blog sekali pun dia baru nak merangkak di jalan membaiki diri.usah pedulikan kata orang,kalau ada hadith atau kata-kata nasihat atau artikel yang berfaedah,post sahaja..malaikat akan mencatat pahala anda."UAI

doakan aku....wahai sahabat... LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA
bila sakit buah-buahan ubatnya...terima kasih Ya Allah.

Di riwayatkan daripada Aisyah r.ha.,beliau menceritakan:Sesungguhnya Nabi SAW pernah makan buah tembikai bersama ruthob."
Tembikai bersifat sejuk manakala ruthob( tamar ranum) sifatnya panas maka terhasillah keseimbangan..




jus mangga juga sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penghidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan...tak sempat nak buat jus...

Monday, January 28, 2013

Bila sakit

Badan panas,kepala pening,selera makan juga tak ada bila makan aje muntah..
bila azhan demam semua aktiviti dia terhenti..jarang sekali dia sakit tapi kalau selsema boleh kata setiap pagi pantang sejuk dan berhabuk.

 mc hari ni...
dia hanya buat solat duduk katanya kepala berpusing-pusing macam piring terbang.kebiasaan setiap hari dia akan buat solat sunat sebelum dan selepas.sunat dhuha juga dia tak larat nak buat..saya kata tak apa,dah sakit sunat-sunat tak payahlah buat. menghafaz al-Quran juga berhenti seketika..
yang penting sekali rumah sunyi dari sepakkan bola...kejar mengejar..


Doa untuk orang sakit:

"Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya Allah.

'Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau".

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.


Friday, May 18, 2012

'Kalau kita tak redha"

Assalamualaikum

Sabar ajelah mama,semua ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.Petang semalam balik  dari menjemput Iman dan Azhan balik dari sekolah,saya dan suami singgah lagi klinik buat kali ke lima,masa tu dah hampir masuk maghrib pun,kesian dengan suami,dah sembuh,tapi sakitnya datang balik,masih terasa tak sedap badan.Dah masuk maghrib,tapi masih tak dapat jumpa doktor,tanya  nurse: "lambat lagi ke? kejap kak doktor ada patient."Tengok di kaunter ambil ubat,tengok nurse dah letakkan ubat,maknanya pesakit di dalam tu dah siaplah buat pemeriksaan,kenapa tak keluar lagi.'
Saya dan suami ambil keputusan balik ,"dalam hati buang masa aje.Nak tahu apa doktor buat  dalam tu,itulah orang melayu ada pangkat ke,tak ada pangkat ke, sama aje.Berborak!,bukan dia tak tahu ada pesakit lain dekat luar,tambah-tambah waktu maghrib yang sangat singkat.Kalau nak ramah pun tengok ajelah pada tempatnya.
Dan pagi ni,suami dah beransur pulih.Alhamdulillah.Mudah-mudahan.
Saya tak suka orang main-main kalau saya serius.Itu prinsip saya.Apalah motif saya cerita ni,agaknya marah tak habis lagi kut."Tak,' saya dah ok.Itulah,suami kata kalau kita tak redha.Banyak kali suami ulang dekat saya."Ya lah saya redha.'

Pagi-pagi buat donut dengan iman


Wassalam



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)