Bismillah
Petang semalam masa jemput muhammad balik dari sekolah.."dari jauh dah senyum terpanggil-panggil "mama..mama..
"mama muhammad dah jumpa buku teks muhammad.'
alhamdulillah jumpa kat mana sayang"..kawan muhammad terambil..tadi masa cikgu tanya sorang-sorang ada sapa terambil buku muhammad..tak sempat cikgu tanya kawan muhammad yang ambil buku tu...dia terus angkat tangan.."saya terambil, lupa nak bagi tahu,saya tertinggal kat rumah"..
"esok bawa" kata cikgu.
akhirnya...
Sehari selepas hilang buku,muhammad bertanya masa dalam perjalanan nak hantar dia ke sekolah..'muhammad setiap hari baca..doa Nabi Yunus
"Laa ilaha illa anta. Subhanaka innii kuntum minazhaalimiin"
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”(Q.S.Al-Anbiya
: 87)
"kenapa Allah uji muhammad?..aku jawablah "Allah uji muhammad,itu tanda Allah sayang muhammad'..Allah ujilah..nanti kalau Allah tak uji, muhammad leka..'ni dah di uji muhammad nak baca doa tu lagi tak.?."nak..nak" sambil hangguk kepala.
setiap hari doa inilah yang dia baca sepanjang perjalanan dalam kereta hingga sampai sekolah dah jadi rutin dia. aku pernah cakap dengan dia..muhammad baca doa ni setiap masa,setiap hari in shaaAllah. Allah lindungi kita, mudah segala urusan.
bila jadi perkara hilang buku ni dia persoalkan balik....kenapa itu,kenapa ini..akhirnya dia faham dan makin semangat...
"kalau ada rezeki adalah,kalau tak ada takpe,nanti kita beli yang baru."
Moral of the story
Jangan pandang remeh masaalah anak-anak..pentingnya menjaga barang atau apa saja yang bukan hak milik kita,berdisiplin,tenang menghadapi situasi dan redha.
p/s pesan dengan muhammad ucap terima kasih pada kawan muhammad bila dia dah bagi buku..lepas tu jangan sebut-sebut lagi pasal buku hilang tu kat dia..kesian dia.dia tak sengaja terambil..."ok mama"