Pages

Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

DOA SUAMI






Aku berezeki mungkin, In shaa Allah dari doa seorang suami..alhamdulillah.


Thursday, August 20, 2015

SUP BODOH MEE HOON BODOH

Pernah dengar tak sup bodoh atau mee hon bodoh..kesian kat makanan tu semua, tak pasal-pasal di gelar bodoh...ke, orang yang makan tu bodoh sebenarnya...
aku pertama kali dengar dari mulut anak buah...masa aku jamu nasi ayam ,biasakan nasi ayam mestilah ada sup...sup aku ni mudah jer...air rebusan ayam tu aku perasakan n bubuh bawang goreng  n daun sup...kosong...hanya sup tak ada ayam,cuma stok ayam...
"tengok ibu, agh masak sup BODOH-BODOH pun sedap...
"ha sup bodoh"..sambil gelak.."
"kesian sup"

Fakta tentang mee hoon bodoh:
tak ada sayur
tak ada ayam,udang atau daging
kering
bau hangit
tawar
keras
bila makan rasa tercekik...
kalau kat restoran makan sekali lepas tu comfrm tak datang-datang dah..
mee hoon ni tak bodoh sangat alhamdulillah

Itu sup...ini mee hoon pulak...biasa akan jumpa kat mana?...mestilah kat sekolah hingga universiti...
kat sekolah lagi teruk mak cik kantin masak...tak percaya pergilah beli meehoon kat kantin sekolah anak-anak,kosong jer..kan..kalau kosong,basah ada rasa oklah  ini tak,tawar n kering,.kesian anak-anak...mentang-mentanglah diorang budak-budak lagi...

ingat kat sekolah jer ke...kat IPT pun sama...tambah kalau ada event-event untuk pelajar..rezeki dapat makan sedap seronok sangatlah diorang..tup-tup dapat meehoon bodoh...tiba-tiba selera terbantut..sebab lapar makan jugalah..adibah dengan kawan-kawan dia siap tabur rempeyek lagi untuk bagi sedap....adibah tak tau sebenarnya apa tu mee hon bodoh,yang dia tahu mee hoon jer...sekarang dia dah tahu...
ILMU BARU...


kehidupan manusia berputar pada tiga perkara Syukur, Sabar, dan Istighfar. Seseorang takkan lepas dari salah satu dari tiga keadaan....

#syukurMalaysiamasihaman


Sunday, March 15, 2015

TIP NAK KEKAL DALAM PERNIAGAAN

Bismillah

Saja jer teropong inti karipap ni...rasanya oklah kutkan sesuailah dengan karipap yang cinonet....
sesekali datang angin malas apa salahnya membelikan...tapi memang selalunya hampalah..tak sedap tu memang lazimmm..
tapi karipap yang cinonet ni memang aku kerap beli sebab sedap..kalau puasa sebulan bermakna sebulanlah aku membeli karipap ni...rasanya sama jer masa mula-mula beli.semua ahli keluarga sangatlah sukanya....so aku tak payah beli kat tempat lain dah....
sehingga satu hari aku berebut dengan sorang nyonya...berebut yang sangat sopanlah...hihi..
dah aku datang dulu itu aku punyalah..dia lambat sikit jer..kebetulan itulah karipap jualan yang akhir sebelum tutup kedai...
moralnya disini tak rugi masak sedap-sedap bagi bagi pembeli makan...pasti pembeli akan datang dan datang lagi...
macammana kita masak sedap di rumah macam tu jugalah bila kita berjual..
tak ada sorang pelangan pun nak beli makanan yang tak sedap, semua nak beli tu nak yang sedap-sedap belaka.

tak salah kalau kita berlebih modal sikit untuk kualiti makanan tu..
contoh kalau kita buat karipap untuk makan sendiri mesti kita nak buat yang terbaikkan,letak ayam lebihlah atau letak daging, sumbat pulak inti banyak-banyak bak kata memang terbaiklah karipap kita...keluarga pun suka asyik minta buat lagi jer...
tak salahkan kalau kita buat karipap yang sama untuk jualan mesti laku tu berpanjangan pelangan tak pergi cari kedai lain dah...
tak salahkan kita masak sedap untuk makan sendiri dengan nak berjualan tu sama jer rasa...
Ada juga yang berfikir begini tak payah letak ayam semua, buat inti gitu-gitu jer,letak ubi kentang sudah.....rugi jer dia minta letak ayam baru kita buat inti letak ayam...
ramai kut peniaga macam ni..aku kompom tak lama memang tutup kedailah kalau ada sikap peniaga macam ni....nak untung tapi tak nak jaga kualiti.
Nasihat aku yang tak berapa pandai ni kalau nak berniaga harus jujur,ikhlas buang sifat nak cepat kaya tu..
buang sifat suka cincai-cincai tu ye....

Rezeki yang di takdirkan Allah kepada kita telah disusun aturkan oleh Allah dengan sangat teliti...
umpama seekor burung, pokok manakah rezekinya terdapat atau ulat manakah menjadi santapan keluarganya pada hari itu.
yang penting setiap pagi dia mengepakkan sayapnya hinggap dari satu pohon kesatu pohon yang lain untuk mencari rezeki..


REZEKI SECUPAK TAK AKAN JADI SEGANTANG



Wednesday, February 25, 2015

RAGAM PELANGGAN


Bismillah
Assalamualaikum dan selamat petang...
Sibuk dengan tempahan alhamdulillah terurus setakat ini...
Beginilah ragam pelanggan rezeki namanya.



"A grateful heart can find the best in even the worst situation."

Sunday, December 7, 2014

Roti Cicah Kari Daging Pun Sodapp..

Rezeki yang Allah bagi hari ni janganlah dibanding dengan hari sebelumnya,syukur, jangan banyak komplen....
makan roti cicah kari daging pun sodapp apa...homemade lagi...

Alhamdullaahi ladzii ath'amanaa wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimin'.


"Sesungguhnya seseorang itu di ciptakan dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nutfah,empat puluh hari menjadi segumpal darah dan empat puluh hari menjadi segumpal daging.Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan,iaitu tentang rezekinya,ajalnya,amal perbuatannya,dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia." {Riwayat al-Bukhari dan Muslim}


p/s sibuk buat tempahan.nanti knor jalan-jalan.

Saturday, February 18, 2012

Lunch hari ini...

Assalamualaikum.

Entri hari sabtu,ingatkan boleh luruskan kaki atau bersandar di kerusi buruk.Rupanya..?
Anak-anak masing-masing ada aktiviti ,terpaksalah saya ke hulur hilir.
Adakah kehidupan ini semakin sibuk atau semakin sempit atau juga semakin lapang.Setiap hari adakah kita rasa gembira atau sebaliknya.

"Ya Allah,kami memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat,rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.'

 

"Sesungguhnya seseorang itu di ciptakan dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nutfah,empat puluh hari menjadi segumpal darah dan empat puluh hari menjadi segumpal daging.Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan,iaitu tentang rezekinya,ajalnya,amal perbuatannya,dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia." {Riwayat al-Bukhari dan Muslim}

Nota:Bersyukur dengan apa yang ada.Terima kasih Allah.

Wassalam

Saturday, December 3, 2011

Di sebalik buah..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,adik  sanggup datang hantar durian dengan rambutan.
Datang nak minta nasihat dekat kakak n abangnya.Lepas ni buatlah yang terbaik.Ada hikmah atas semua yang berlaku.

Layan durian dengan rambutan ,terima kasih adik..
Wassalam.

Saturday, August 6, 2011

Selipar..

     Assalamualikum,tergerak hari ini ,saya nak buat entry pasal selipar.
 Semalam anak lelaki saya balik berkaki ayam selepas solat tarawih,rasanya baru sebulan dia pakai selipar tu,masih baru.Saya katakan pada anak, kasut tu bukan rezeki adik (panggilan di rumah) redhakan saja.
    Sebenarnya pasal ke hilangan kasut ni bukan pertama kali,kalau tak silap saya sudah berkali-kali ia berlaku,semuanya masjid yg berlainan.
 Suami memang susah nak beli kasut,melainkan kasut tu dah teruk sangat,bila dah tertanggal tapaknya,dah tak boleh nak pakai,barulah dia nak beli yang baru,bukannya apa,suami lebih dahulukan anak-anak..macam tu la bila dah berumahtangga.
    Bila beli kasut baru,tentulah harganya agak mahal sikit untuk lebih tahan lama.Sebab bukan selalu beli kasut pun..
   Nak di jadikan cerita suami pergi ke masjid berhampiran di tempat kerja,menumpang kawan,kebetulan selipar pun tak ada,apa jadi seterusnya,faham-faham le..Ayat yg sama juga aku guna, "bukan rezeki kita"redhakan aje.
    Seminggu selepas tu,suami beli lagi kasut,kali ni kurang sikit le harganya,bajet kasut dah lari.
Seperti biasa nak jadikan cerita kasut tu hilang juga,di masjid,tak sampai dua minggu suami pakai..
 Inilah sikap segelintir orang,rumah Allah pun ada pasang niat nak mencuri..tak hairanlah sekeliling kita ni,kita tak tahu hati budi orang,rambut sama hitam hati lain-lain..
 Bila dah berturut-turut ke jadian hilang kasut,saya dan suami rasa inilah ujian Allah yg sekecil-kecilnya,saya dan suami redha dan sedekahkan pada yg mengambil kasut tu,semoga Allah ampunkan orang tu,dan di beri hidayah.
      Sampai ke hari ini suami pakai kasut yg lama,hanya ganti tapaknya saja..agaknya inilah rezeki suami.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)