Bila ada rezeki tak kemanalah..kan
banyak kali juga terliur tengok wife P.C.L masak nasi lemak daun lemuni..banyak kali juga diorang ajak datang rumah tapi asyik menolak jer...sibuk memanjang....
Akhirnya hari minggu tadi tanpa pesan dapat juga seranting dua ranting daun lemuni...kebetulan adik buat makan-makan n kak ipar pesan bawa daun lemuni aku ambil peluanglah minta sikit...
dengan rajinnya aku google khasiat daun lemuni..antaranya daun lemuni dalam masakan nasi lemak dipercayai memberi khasiat awet muda...tu dia..tak percaya tengok wife n pcl sendiri muda belia belaka...macam anak-anak remaja gitu...
kalau nak tahu pokok lemuni ni banyak terdapat di pantai timur..tengok saja orang sana putih melepak dan manis-manis orangnya...
bukan setakat nasi lemak,nasi ulam juga boleh dan banyak lagi khasiat terdapat pada daun lemuni..googlelah sendiri ye....
tercuri gambar ni kat fb diana..jangan marah ye..
Nama saintifik pokok lemuni Vitex Trifolia var Negundo
Nak buat nasi lemak lemuni ni senang sangat cuma kisar daun lemuni ambil jusnya..masukkan ke dalam beras yang dah di cuci masukkan sedikit santan,garam,gula dan daun pandan..kalau boleh letaklah hampas daun tu sikit-sikit ye..
Nak buat nasi lemak lemuni ni senang sangat cuma kisar daun lemuni ambil jusnya..masukkan ke dalam beras yang dah di cuci masukkan sedikit santan,garam,gula dan daun pandan..kalau boleh letaklah hampas daun tu sikit-sikit ye..
Apa macam,nampak sedap tak nasi lemak daun lemuni ni,tapi muhammad tolak terus,tak nak makan katanya 'nasi tu hitam,," kicap hitam tak apa pulak....
Memang terbaiklah..lepas ni nak cari mana pokok lemuni...lain kali bawalah dengan akarnya sekali ye...senang nak tanam...bagi betis nak peha pulak...kan diana..
p/s suami isteri nak berdua-duaan jangan ganggu....
bujang dara nak berdua-duaan ganggulah...
bujang dara nak berdua-duaan ganggulah...



