Semalam satu hari kat luar delever tempahan rempeyek, hantar bekal kat adibah..cari hadiah,cari kudapan adibah dan makan tengahari rumah adik..
bila rajin beraktiviti kat kampus banyaklah sumbangan dr pihak universiti..makan minum percuma..itu memang di cari adibah..katanya jimat sikit..makan kongsi-kongsi dengan rakan memang biasa juga..sekarangkan semua mahal,mana boleh jimat kita jimat...
Sementara anak-anak masih kecil dan mengharapkan kita..
Sementara anak-anak belum mampu berdikari
Sebelum terlambat..
Sebelum mereka dewasa...
mangkuk tingkat untuk adibah..dapatlah merasa air tangan mama..kari ikan pari, sambal udang
boleh kongsi dengan kawan-kawan...
puas hati dapat hantar makanan ..alhamdulillah
hadiah muhammad untuk guru kelas...dari membeli hingga bungkus kerja mamalah..beli tak sabar bungkus pun tak sabar..
hadiah iman soffea untuk guru kelas..iman lebih kreatif dan bersemangat...tak sabar juga...


