Pages

Showing posts with label sumber dr buku' huru hara hari kiamat. Show all posts
Showing posts with label sumber dr buku' huru hara hari kiamat. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Hari berdiri.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.

Allah s.w.t. berfirman:
"Wahai manusia,bertakwalah kepada Tuhan-mu.Sesungguhnya ke goncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar(dahsyat).(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu,semua wanita yang menyusu tidak peduli dengan anak yang di susuinya,dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil,dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,akan tetapi azab Allah s.w.t. itu sangatlah keras."{Al-Hajj:1-2}

 Apabila manusia telah bangun dari kubur masing-masing,mereka dapati bumi sudah berubah,tidak seperti bumi saat mereka tinggalkan dahulu.Gunung-ganangnya telah hancur,bukit-bukitnya telah hilang.Keadaannya semua telah berubah sama sekali.Sungai-sungainya tidak mengalir lagi,pokok-pokoknya telah tumbang,lautnya menjadi panas membara.Jurang-jurang yang rendah dan tebing-tebing yang tinggi menjadi rata,kota-kota dan kampung-kampung  hancur binasa.Agaknya bumi telah mengalami gempa yang hebat dan mengeluarkan segala isinya.Berkatalah manusia ketika itu: "Apa yang telah terjadi dengan bumi ini?"Demikian juga halnya dengan langit dan seluruh penjuru.Semuanya telah berpecah belah,dan seluruh penjuru-penjurunya telah gugur,sementara para malaikat berjaga -jaga di segala penjurunya dengan mata terbeliak.Matahari dan bulan redup atau bahkan tidak bercahaya sama sekali.Kedua-duanya di kumpulkan pada satu tempat.Setelah itu kedua-duanya di gulung,lalu di lemparkan begitu sahaja.


Nota;Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:,Ibrahim:48, Ar-Rahman:37-88,Al-Haqqah:15-18,At-Takwir:1-2 dan Al-Infithar:1-2.

Wassalam.

Tuesday, May 10, 2011

Gambaran Seluruh Atau Sebahagian Daripada Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Kiamat..

Hadith Lengkap Tentang Sangkakala

AL-Hafiz Abu Ya'la Al-Mushili dlm Musnadnya,meriwayatkan dr Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w pernah bercerita kpd kami ketika baginda berada di tgh para sahabatnya lalu bersabda; "Sesungguhnya Allah s.w.t.,selesai menciptakan langit dan bumi,maka Dia menciptakan sangkakala,lalu dia berikan kpd Israfil.(setelah menerima benda itu),Israfil meletakkannya ke mulutnya sambil menatap terus ke 'Arasy,menunggu bila diperintahkan untuk meniup".

Aku bertya,kata Abu Hurairah,Ya Rasulullah,apa itu sangkakala?'
Rasulullah s.a.w.menjawap,Tanduk.'
Abu Hurairah r.a bertya pula,'Bagaimana tanduk itu?'

Rasulullah s.a.w.menjawap,'Besar'.Lalu baginda terangkan,'Demi Allah yg mengutus aku dgn membawa kebenaran,sesungguhnya besar lingkarannya adalah seluas langit dan bumi.Sangkakala itu akan ditiup tiga kali.Yang pertama tiupan mengejutkan(Nafkhatul Faza').Kedua mematikan(Nafkhatus Sha'iq). Yang ketiga tiupan membangkitkan(Nafkhatul Qiyam), untuk menghadap kpd Tuhan semesta alam'.

Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup tiupan yg pertama seraya firmanNya, 'Tiuplah tiupan yg mengejutkan'.

Setelah ditiup, terkejutlah segenap penghuni langit dan bumi,kecuali mereka yg di kehendaki Allah s.w.t. Ketika itu Allah s.w.t. menyuruh Israfil memanjangkan tiupannya tanpa henti.Itulah yg di firmankan oleh Allah s.w.t.;
Ertinya;"Tidak ada yang mereka tunggu-tunggu selain satu teriakkan sahaja, tanpa ada saat berselang padanya".(Sad:15)

Lalu gunung-gunung pun berjln bagai awan,lalu menjadi fatamorgana.Bumi bergoyang hebat mengoyangkan penghuninya bagai perahu di laut lepas, dihempas ombak kian-kemari.Penghuninya terumbang- ambing bagai lampu yg digantung di 'Arasy.Hati sesiapa pun menjadi gementar kerananya.Itulah yg difirmankan Allah s.w.t.:
Ertinya: "Pada hari ketika tiupan(pertama) mengoncangkan alam.Tiupan itu diikuti tiupan (kedua).Hati manusia ketika itu sangat takut".(An-Nazi'at:6-8)

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)