Malam tadi ziarah opah dan atuk (makcik belah suami) dirumah dh seminggu sakit ..opah tak ada anak,cuma ada anak angkat yg duk jauh...memang nampk uzur sgt keduanya ,nak berjln dri satu tempat ke satu tempat ambil masa lama,dgn tak ingat macam2 perkara,lupa itu ini,telinga pun dh makin kurang pendengaran...
Masa diorang sehat memang kaki jln,melancong sana sini,boleh kata negara mana yg diorg tak pergi, semua pergi..setakat dlm malaysia ni semua separuh harga kalau menginap kat satu satu hotel..nak pergi ckp jer...
Sekarang diorang dh tak sekuat dulu, isteri semakin uzur,suami masih ada kekuatan sedikit nak berkebun,kadang gagahkan juga main golf..katanya kena buat aktiviti sehat..kalau tak semakin tua ,semakin uzur...pada pandangan kami dia dh tak kuat..tapi semangatnya sgt kuat...gigih menyapu halaman rumah lagi...buat2 kuat kut..yelah anak tak ada...harta banyak, sapa nak urus...sakit pening sapa nak jaga..sebak tengok bila tgok keadaan macam tu..
Insaf terus..gambaran jelas
Satu hari kita juga akan tua,sakit,mati..
Malam tadi nor hantar lauk ,pagi juga nor hantar lauk..itu jer yg mampu buat selain doa..
Pagi tadi sebelum balik ambulan dtg ambil opah utk ke Tawakal hospital..takut dibiar boleh melarat..
Skrg mcm2 penyakit..
Teringat terus kat n3 kak zakie baru2 ni....
*Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
*Sihatmu sebelum sakitmu
*Kayamu sebelum fakirmu
*Lapangmu sebelum kesempitanmu
*Hidupmu sebelum matimu.
Selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua teman2 maya..💙💙💜💜💝💝💝
