Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

BICARA AKU


Pagi-pagi Iman soffea tanya kat aku.."mama, apa faktor-faktor yang menyebabkan perang?
"perebutan kuasa
"tamak
"dendam
"perkauman
itu je ker mama..?ye,setakat ni itu jer...
habis yang dekat burma tu bukan perangkan..itu penindasan..
ye..dendam kesumat dan dengki..ini syaitan bertopengkan manusia...

Bicara orang Aceh...

"InshaAllah kami warga Aceh siap membantu sebisa kami,dan Alhamdulillah kami sangat senang atas kedatangan saudara-saudara kami itu..
Kami akan berusaha semaxsimal mungkin agar bisa selalu memberikan perlindungan kepada mereka,dan Alhamdulillah kami orang Aceh tidak sama sekali terbebani
Hari ini kami bantu mereka,Dan InshaAllah berkat do'a mereka Allah senantiasa membantu kita.."


Alhamdulillah malaysia masih aman, tak mustahil akan terjadi....kalau cerita pasal isu semasa memang tak habis...

tak berasap dapur nanti...


 kek buah terlajak sedap...

250 gram tepung gandum

250 gram buah-buahan campuran
1 cwn gula perang atau putih (kurangkan manis sebab buah kering tu dah sedia manis)
1/2 cwn susu tepung
150gm Butter
1 sudu teh esen vanilla


Caranya:-

Guna senduk atau spatula pukul ringan2,mentega, gula,telur dan masukkan tepung, susu tepung dan baking powder yg dah di ayak. Masukkan ke dalam adunan , masukkan buah-buahan juga.Kacau sehingga sebati dan jangan terlalu lama.Bakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit.

Selamat mencuba...

 quaker oat cookies

Bahan-Bahan :

400 gm Quaker Oat sukat guna cawan pun boleh..anggaran 2 cwn..
200 gm/1 cwn gula Kastor - Aku pakai gula perang
150 gm butter
2 Biji Telur
1 sdk esen Vanila
coklat chip
serbuk koko

Cara-cara :
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati...
2. Masukkan telur dan kacau rata , masukkan asen vanila.... dan gaul rata..
3. Masukkan quaker oat,serbuk koko dan gaulkan sampai sebati...
4. Panaskan ketuhar 175c....gris sedikit dulang pembakar dengan butter
5. Bentukkan bancuhan tadi menggunakan sudu atau bulat-bulatkan..bakar dengan suhu 175C selama 20 minit...

p/s macam nilah surirumah...dunia dia dalam kuali jer..
tulah sebab tangan yang menghayun buaian boleh juga mengoncang dunia...







Tuesday, December 23, 2014

Two Layers Cake

Bismillah
Saja-saja berkarya bila masa terluang...
tak perlu bakar sumbat jer dalam peti ais...ada dua resepi cake batik dan crackers cheese cake.. cuma gabungkan keduanya dalam satu acuan.. hasilnya marvelous.. so yummmy.. tau

Lapisan atas
Bahan-Bahan
250gm krim keju
125ml whipping cream  - di pukul hingga kental
2 sudu besar susu pekat manis
160gm biskut crackersayuran
1/2 cawan susu segar

Cara-cara :
Pukul krim keju,whipping cream dan susu pekat manis . Putar hingga sebati. Kemudian kaup balikkan  hingga rata.
Atur memenuhi dasar loyang.
Ratakan adunan krim keju di atasnya.
Ulangi menyusun dan melapis sehingga habis.Taburkan topping coklat di atasnya kemudian sejukkan.

Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Loyang loose base tin

Lapisan bawah
Bahan-bahan;
1 cwn serbuk coklat
1 cwn susu cair

75gm butter
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie
kekacang ku guna biji matahari sebab itu jer yang ada.

untuk topping tabur jer serbuk coklat yang di campur sedikit gula halus.


Cara-cara;
masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yang kecil .kacau bahan-bahan tu smpai pekat (dlm 15 min) ,bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie n kekacang pastu terus angkat .
masukkan ke dalam loyang mampatkan, seterusnya buat lapisan atas.

Semoga saudara-saudaraku Yang Terlibat dalam musibah banjir  Tabah menerima ujian dari ALLAH.. doaku agar ada kemanisan yang menanti dihadapan..
in shaa Allah .
ALLAHHUAKBAR.


Wednesday, May 23, 2012

Donut mangga

Assalamualaikum.

Nampaknya saya akan penuhkan blog saya dengan resepi ajelah,bukanlah pandai masak sangat pun,tapi saya tak ada kerja lain selain daripada masak.Dah saya surirumah tangga sepenuh masa. Donut mangga ni,dah lama saya buat.
Baru harini nak kongsi-kongsi.Rasanya semua orang pun bijak untuk buat donut .

2 cawan tepung gandum berprotien tinggi, sebungkus yis,sebiji telur ,setengah cawan susu tepung dan minyak sayuran.

Caranya:Campurkan tepung dengan susu, masukan kedalam bekas,buat lubang di tengah-tengah tepung,masukan telur,masukan yis yang dah di bancuh dengan air suam,lepas tu masukan minyak sayuran dan adun mengikut putaran jam,sehingga menjadi doh yang agak-agak lembut.Biarkan selama 20 minit.
 Lepas tu,bolehlah di buat bentuk begini,dan goreng dengan api yang perlahan

 Hiaskan dengan coklat berperisa mangga,kacang dan apa-apa aje yang ada di dapur

Selamat mencuba.

Wassalam

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)