Bismillah
Jumpa lagi hari Isnin yang mulia ini....
Semalam aku siapkan juadah mee udang untuk makan tengahari last makan mee udang di Kuala sepetang sebelum tu ada juga makan di Kuala selangor dua-dua nampak gah...ramai pengunjungnya...tapi keduanya ..biasa-biasanya jer...taklah seddddpppp sangat.
Hari ni aku nak kongsi resepi mee udang ala aku....
mula-mula cari barang kat pasar....
beli udang sederhana dalam Rm10
sayur kailan satu ikat
ubi keledek oren dalam 3biji
fish cake
telur ayam
mee kuning basah
Siapkan bahan tumis..
1 biji bawang besar
segenggam cili kering,
3 biji bawang putih
sedikit halia
gula
gula kabung
sedikit belacan tak nak letak pun tak apa
tumis hingga garing dan naik minyak...masa menumis masukkan juga gula dan gula kabung secukup rasa...
Bahan untuk kuah
rebus keledek hingga empuk kemudian kisar...
air rebusan keledek tadi jangan buang masa ni kita rebus udang pula suku masak...
angkat udang ketepikan....
Masukkan tumisan cili,ubi yang sudah di kisar kedalam air rebusan udang biarkan hingga mendidih letakkan sedikit garam ..kemudian masukkan hirisan fish cake dan udang...tutup api...
celur mee dan sayur dengan air panas
selamat mencuba resepi mudah lagi segar dari pasar dengan kuah yang likat lagi pekat....






