Assalamualikum.
Di pagi hari yg sejuk nyaman ni,sempat juga saya nak berkongsi kepada rakan-rakan,mengenai suatu perkara yg mudah hendak memahaminya...
Mungkin ada kejadian ini di mana-mana dan terlepas pandang,dan saya juga belajar dengan perkara ini serta mengambil iktibar daripadanya.
Pada suatu hari Saidina Umar r.a menerima kasturi dari Bahrain.Beliau telah berkata, 'Adakah sesiapa yang boleh menimbang kasturi itu dan membahagi-bahagikan di kalangan orang-orang Islam?"
Isteri beliau Atikah r.anha telah menyahut, "Saya akan menimbang kasturi itu."
Saidina Umar r.a mendiamkan dirinya.Selepas beberapa ketika beliau mengulangi soalan itu lagi, "Adakah sesiapa yang akan menimbang kasturi itu dan boleh aku membahagi-bahagikannya."
Isteri beliau sekali lagi menawarkan perkara yang sama tetapi beliau terus mendiamkan diri.Pada kali ketiga beliau menerangkan, "Aku tidak suka engkau memegang kasturi dengan tanganmu dan meletakkan kasturi itu di atas dacing dan kemudian menyapu tanganmu ke badan.Dengan perbuatan itu, aku akan mendapat bahagian yang lebih daripada orang lain sebanyak itu."
Inilah sifat berhati-hati yang sempurna dan telah menyelamatkan daripada sebarang tomahan.Pada hal sesiapa pun yang menimbang kasturi itu pasti ada yang terlekat di tangan.
Inilah sifat berhati-hati yang di miliki oleh para sahabat,para tabi'in dan salafussolehin.
Perkongsian di pagi khamis.
Wassalam.