Bismillah
Para sahabat menjawab, "Malaikat Ya Rasulullah."
Balas Rasulullah,"sudah tentulah Malaikat luar biasa imannya,kerana mereka sentiasa disisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat,menjawab lagi, para Nabi Ya Rasulullah."
Rasulullah berkata,para Nabi sudah tentu hebat imannya kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah,"aku berada ditengah-tengah kalian,sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu,salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu,Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan,Rasulullah berkata,"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku.Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya.
Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku,adalah orang yang bahagia.Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasullulah diam seketika.Kemudian beliau menyambung dengan suara lirih."Sesungguhnya,aku rindukan mereka."
Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.