Ye aku memang suka masak,sibuk macammana pun aku tetap akan masak..tak hairanlah blog aku di kunjungi oleh orang-orang yang kelaparan terutama adibah dan rakan-rakannya....maklum asyik makan lauk tapau mak cik kantin jer..mana lalunya...
sungguh semua aku masak buat anak-anak je..aku tak makan pun,kalau makan main rasa-rasa jer..tapi hairan yang kuat makan badan kurus-kurus,mamanya pulak naik bulat....
ye, betul kata suami jangan makan malam tapi aku degil makan malam juga...hah ambik kau...macammana tak makan malam,siang penat sampai tak ada selera nak makan...malam rasa tenang je,tu yang perut minta makan je...
sibuklah macammana pun, kerja tempahan akan setel sebelum zohor...maka jadilah makanan yang kat bawah ini antaranya...
kuih cucur badak dan karipap frozen pelbagai inti...karipap sardin,karipap daging lada hitam,karipap ayam mayonis,karipap ayam cheese dan karipap kari ubi keledek udang kering
nak makan keluarkan sebentar dan goreng...
karipap dalam peti ajaib tu tempahan orang....100 biji...saja nak makan petang katanya.masa senggang aku...
bahan-bahan inti:
4 biji cili padi
3 biji bawang putih
sedikit halia
1 sdb udang kering
2 biji bawang merah
1 btg serai
kelapa putih sebelah sahaja
garam
gula
cara; kisar semua dan goreng tanpa minyak...
tepung gandum
garam



