Yang buruk ,tak baik semuanya datang dari kita sendiri dan yg baik sesungguhnya Allah swt.
Malam tu lagi dah bercadang esok nak masak sesuatu yg sedap untuk family n teruja nak bagi kat seseorang kebetulan nak lalu kawasan situ..seronok n bahagia rasanya...
Esoknya subuh2 dah bangun selesai urusan dgn Allah ku mulakan dgn agenda yg dok plan dri semlam lagi...
Kong..kang..kriukkk.tap..tap bunyi aku bz kat dapurlah tu..
Balik axhan dn ayahnya dari masjid aku pun siap masak..diorang tak jamah pun,sebab kat masjid ada makan2 lepas kuliah subuh..aku sukalah tak payah nak hidang2..bagai.
Lepas dhuha aku dgn suami pergilah tempat yg nak di tuju..sampai jer kami pekena roti canai,nasi lemak n mcm2 lagi..selesai urusan kat situ (hantar barang)
Teruskan perjalanan kerumah yg dok cadang nak pergi n bawa bekalan yg aku masak pong pang tu..
Sampai jer kat rumah tu adab jumpa orang dah selesai aku pun bagilah bekalan tu..mood happy jer pagi2 tu. ."la meehon goreng lagi,semalam baru jer makan meehoon,hari ni makan mcm2,nasi lemaklah rotilah...hai kenyang dah hah..
Aku entah tiba2 cakap "rezeki"alhamdulillah.
Macam tulah orang, payah benar ke nak ucap alhamdulillah ,syukur nikmat Allah bagi,tak pun cakap terima kasih..cuba hargai sikit pemberian orang...bukan kita saja2 nak bgi kalau Allah tak gerakkan hati kita ke arah nak bersedekah tu,ingat ye jatuhnya sehelai daun dari pokok tu pun atas perintah Allah.tunjukkan tanda seronok tu dgn ucap alhamdulillah sbb Allah yg hantar rezeki melalui orang...orang yg dimaksud adalah pengantara sahaja.
Aku dok cerita dgn suamilah pasai yg di ats tu sementara perjlnan balik kerumah...
Aku tak marah pun cumanya itulah kelemahan manusia sedar dalam tak sedar. ..anggap jer yg baik2.
Bukanlah nak kata aku ni terbaik,tapi setiap kali kejadian yg berlaku dpn mata aku jadikan cermin diri dn minta jauhkan dri sikap2 yg macam ni..
#sangkabaik