Pages

Showing posts with label barakah dan rahmat. Show all posts
Showing posts with label barakah dan rahmat. Show all posts

Thursday, December 10, 2015

GOMONG GOMONG

BARAKAHNYA JUMAAT.

Masa sarapan tadi ...tengok satu family tu...sepasang suami isteri,dua anak dara,adik lelaki sebaya muhammad...masing2 pegang hp, adik lelaki pegang tap saiz giant,anak2 perempuan pegang hp termasuk ayah...kecuali mak...termenung jauh..,.dah habis makanlah tu...

kami pula bersarapan macam biasa semua tk bawa hp kecuali suami....makan sambil sembang2...mengusik...biasa restoran ni pasang radio orang mengaji...pernah sekali suami tegur kenapa nak pasang bacaan al Quran..orang tak dengar pun sibuk sembang,layan hp, makan dgn enaknya...semua pun tak endah bacaan tu...kecuali orang yg faham n nak dgr saje..majoritinya org  tk kisah pun.... tak rasa apa walaupun kadang ayat tu..ayat yg mengancam..seperti hari kiamat dan sebagainya...
bayangkan makan sambil gelak.."hahaha".

tak payah kata orang lain kami ni pun sama...leka masa makan ....
..sampai jer meja makan muhammad terus tanya abang "ni surah apa?abangnya ternganga sambil gelak...lupalah tu...sambil mengusik..

"Abang ingat,tapi lupa"
Muhammad. ?"hahh"...???
Baik pak guru..."ngerti semua?"..

Jika malam menjelang haramkan menonton tv dari jam 7 hingga 9 malam...duduk ditikar sejadah bersama anak2nya...anak2 lelaki ikut ayahnya ke masjid, anak2 perempuan tadaruslah hingga menjelangnya azan isya.....


Thursday, December 25, 2014

Titik Gravity

Assalamualaikum
Nak kongsi apa yang berlaku sekarang rasanya macam tak sanggup dan idea nak tulis macam kosong jer..pada hal dalam hati macam-macam nak sampaikan perasaan ni...hanya mampu berdoa..dan berdoa.

 hasil tangan muhammad temui titik gravity

N3 yang aku copy paste....buat renungan bersama....

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.
Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.
Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.
Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?
Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?
Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.
Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...
Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...


Jika rakyat negara ini BERIMAN dan BERTAQWA pasti Allah swt membuka pintu RAHMAT.
Usaha yang bersungguh untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa itu sewajarnya didahulukan.
Kita mudah terpedaya dengan cara berfikir orang barat yang hanya melihat kemajuan di sudut kebendaan dan berpendapatan tinggi.
Kita lupa faktor BARAKAH dan RAHMAT yang difirman Allah swt. Allah swt jelas menyatakan rakyat yang BERIMAN dan BERTAQWA adalah faktor utama rahmat dan barakah sesebuah negara.
Kita masih tidak mengambil formula Al Quran dalam membina kemajuan negara tetapi kita guna otak kita yang serba dhaif ini.
Elok benar musibah yang berlaku ini menyedarkan kita bahawa ada elemen ghaib yang sangat perlu diambil kira dalam pembinaan kemajuan sesebuah negara.
Cukuplah pintu bala dan musibah yang turun dari langit dan keluar dari bumi akibat dosa-dosa yang kita lakukan.
Kembalilah ke pangkuan Pencipta langit dan bumi.......

Jika dikaitkan dengan kehidupan,titik gravity adalah Iman dan Takwa maka tertegaklah Islam. 

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)