Pages

Showing posts with label PASAR. Show all posts
Showing posts with label PASAR. Show all posts

Monday, December 5, 2016

PAPARAZZI


Hari ni knor pergi pasar cari lauk sbb stok dapur dah habis..dlm beli2 tu terperasaanlah seorang pak cik tua bertongkat jln sgtlah lmbatnya macam ada gout jer..
Knor dgrlah pakcik tu minta kepala ikan tapi nak harga rm5..tak nak lebih2 nak 5 hengget jer..tya itu,tya ini tetap harga dia lebih 5 hengget sambil tokeh cina tu geleng kepala,kebetulan knor kenal kak indon yg kerja dgn tokeh tu... pak cik tu nak kepala ikan,tapi nak harga 5 hengget,lps tu katanya akak bgi kepala ikan semalam,dia tak nak plk.."aduhh pening".. knor hangguk sambil perati jer pak cik tu..dah mcm spy plk hhaah.
Lepas tu pak cik tu pergi kedai sebelah plk..soalan yg sama..nak kepala ikan harga 5 hengget juga..lepas tu dia berlalu pergi,sambil tokeh cina tu membebel..fahamlah kan kat sini..😐.
 Knor ikut jer belakang pak cik tu..tak de niat nak ikut pun,kebetulan knor pun nak cari barang..jadi dgn tak sengajanya jadi paparazzilahh 😂.lepas tu pak cik tu singgah lagi kat tmpat jual ikan yg lain pula..belum sampai pak cik tu,si penjual ikan terus ckp kat pak cik tu.."5 ringgit pak cik sepinggan ikan sardin"lps tu pak cik tu kata "rm4.50 boleh?? Entah lps tu apa jadi,tapi telinga masih dgr..permintaan pak cik tu..nak tergelak pun ada,dlm hati la.bila pusing belakang si penjual tu tgh siang ikan sardin yg pak cik tu beli..,kat tgn pak cik tu pegang sehelai daun sup dgn sebiji cili merah..aduh mcm2 kepala ni pikir..nak bagi duit tiba2 kat pak cik,apa plk katanya..kang tak psl2 kena marah.."apa hal plk kau nak bagi aku duit ni." Terus tak jadi nak bagi..serammm weiihhy...
Dlm duk ikut pak cik tu knor nampak ktbtangan pak cik tu duit ada note 5 ringgit dn seringgit..maknanya pak cik tu cuba berusaha utk dptkn harga yg murah..

Knor teruskn dgn soping knor ni..bila jln sikit terserempak lagi dgn pak cik tu..dia singgah kat kedai ikan yg mula2 tadi,dgr telinga ni pak cik tu kata ,"potong 4 ye"..maknanya dia beli jugalah kepala ikan tu..entahlah kepala ikan yg mana,yg hari ni ke atau yg semalam punya..dlm kpla knor pak cik tu mesti teringin sgt nak makan sup kepala ikan. .atau utk isteri yg sakit,atau utk anak yg sakit atau cucu diakah yg sakit..haiii pergi pasar tapi jenuh kepala memikir psl org..dlm kereta cerita lak dgn suami..
Susahnyalah haiii ..kita susah ada lagi org yg susah..

Lama tak muncul tup2 cerita psl pak cik ni..knor ada,berlegar2 jer...cumanya malulah..maklum.
 Tq tau sudi lagi dtg blog knor ni..ada juga yg knor tak dpt nak jejak..nak drop komen semua tu,kak nor bkn tak sudi,takleh nak buka n komen..knor dpt baca jer..sorry ye muah..muah semua.


Knor pun bajet gak....beli karot sebiji..😁

Sunday, June 5, 2016

Sayuq kampung

Pilih le nak masak apa petang nanti....
Lauk kampung memang best...uollls.



Sunah paling senang mulakan berbuka dgn kurma...

Sunday, May 24, 2015

NANAS PILIPINES


Baru aje balik dari pasar..dapatlah sedikit hasil tangkapan berbayar....
Bajet rm50 jer untuk tiga hari atau lebih...tengoklh keadaan...kadang lauk basah masih ada dalam peti ais gatal nak membeli lagi...

Aku focus pada buah-buah hari ni....sayur pun tak beli...
hari ni bercadang nak minum jus sahaja no makan-makan..sapa yg berpuasa ganti n sunat tu selamat berpuasa ye...

tanya makcik pasar tu.."ini nanas sarawak ke?
Nanas Philipines katanya...rm6.50.

Philipines pun antara pengeluar nanas terbesar jugakan....so belilah sebiji..


setakat ni belum jadi jus lagi...katanya manis,kita tengoklah nanti manis ke idak...


Bahannya:
Nanas
halia
lemon
Kisar,perahan lemon n minum...Enak bangat...berangan nak minum sorang jer ni...yang lain tak suka nanas..untunglah.


Jus nanas ni bukan sajer sedap tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalkanlh minum jus nanas,boleh settel masalah kencing tak lawas.
Enzim boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Haid yang tak lancar juga boleh jadi lancar..

Buah dan batang nanas boleh lembutkan daging juga...tau...

Rajin-rajinlah minum jus  ye sohabat semua....


Tuesday, December 9, 2014

Udah Tengahari Rupenya...


Memang aku sibuk betul dua tiga minggu ni...plan nak bawa anak jalan-jalan pun macam tak ada dalam minda je..diorang pun nampak rilek je...macam dah biasa...
tak pernah nak rancang-rancang macam orang lain,kita main terjah jer...rancang nanti tak jadi banyak pula yang kuciwa...ku biarkan angin berlalu sementelah aku sibuk dengan tempahan,suami sibuk dengan kerja....azhan sibuk dengan tugasan sekolah...buat animation video,logo Badar dan macam-macam lagi...
alhamdulillah tempahan aku dah masuk ke kawasan elit,hihi ..sahabat yang kenal dan tak kenal..tempahan untuk event-event banyak aku tolak ,aku tahu kemampuan aku...lagi pun aku tak nak orang beli secara borong...tak mampu weii....maafkan aku ye..
lagi satu nak jaga kualiti rempeyek...nanti banyak sangat tempahan boleh hilang ranggupnya...
kalau cookies raya hanya untuk hari raya,tapi rempeyek aku sepanjang tahun...laku sokmo..terima kasih Allah.dah tak tahu nak kata apa dah....
semalam dah delever rempeyek,otw nak balik wasapp pulak berbunyi.."knor nak tempah untul next week friday boleh tak?'baca kuat-kuat depan suami, hahah.."suami gelak..baru cadang nak luruskan kaki ..berapa balang dik? 21 balang kak nor"..tu dia...alhamdulillah.hari ni aku sendiri cuti,stok peti ajaib dah habis...pepagi ke pasar.....minggu lepas beli ayam dua ekor rm25..tadi beli dua ekor rm31..ni mesti ayam besar-besar..mentang-mentang aku tak tengok..sebab sementara dia potong ayam aku terus cari barang lain...
aku suka beli ayam yang sederhana je,kalau boleh yang kecil,besar aku elakkan..ayam suntik memang gemok-gemok...
sengget bahu aku angkat barang...en somi melayan hp dalam kereta...kalau suami ikut, barang apa aku tak tahu nak beli...tiba-tiba jer hilang ingatan...salah aku juga...

moh memasak bersama knor...

teringin nak makan asam rebus keladi,tanya kat mak cik pasar macammana nak uruskan keladi ni..
akhirnya bisa menyiang sambil tergaru-garu...terima kasih mak cik...

 siap asam pedas rebus keladi

 goreng ikan kerisi,abaikan kualiku nan comel itu


GST TAMBAHKAN PENDAPATAN KERAJAAN KURANGKAN PENDAPATAN RAKYAT
bagus..tahniah..!!!

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)