Ye ke banyak jantan dayusss...nauzubillah
Petang semalam masa tunggu muhammad balik dari sekolah aku buka youtube sambil dengar ceramah sorang ustaz..
Dalam ceramah tu banyak menceritakan tentang LELAKI DAYUS..
ramai para bapa tak kisah pun anak2 tak solat tapi dia kisah kalau anak tak puasa...dan para bapa tak kisah pun anak2 perempuannya berdating....
Inna lillahhi wa inna ilaihi raji'un
Macam kebetulan jer balik rumah dpt waspp family...sedihhh..anak2 siapakah ini.bertaubatlah wahai anak2.
Maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.tak tutup aurat,pakaian ketat walau bertudung....
“Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
