Pages

Showing posts with label BIJAKSANA TAK BIJAKSANA. Show all posts
Showing posts with label BIJAKSANA TAK BIJAKSANA. Show all posts

Monday, April 13, 2015

BEZAKAN ORANG BIJAK YANG BERCAKAP DENGAN ORANG YANG BIJAK BERCAKAP


Tengah memandu masa nak hantar muhammad ke sekolah sedikit fikiran melayang tiba-tiba muhammad bertanya.."mama Dajal tu apa?'
aku pun jawab sambil endah tak endah..'emmm Dajallah"..
bila muhammad diam dan aku mula sedar dari fikiran entah apa-apa..rasa menyesal pula..aku pun cerita sikit pasal dajal...lepas tu muhammad tanya lagi.."habis alien tu tentera Dajallah ye? aku jawab spontan 'mungkin" orang-orang kafir atau orang Islam yang kufur mungkin itu juga tentera Dajal..

Dia sambung balik zikir dia...
lepas tu aku pula bertanya pada muhammad..'Iblis engkar dengan Allah masa bila..terus muhammad jawab."masa sujud'..ok..semalam masa muhammad solat kenapa sujud main-main macam orang malas nak solat jer...'terus diam dan janji tak sujud main-main dan malas lagi....

aku ceritakan kisah ni bukan apa..tapi itulah muhammad sentiasa nak cerita pasal agama dia sentiasa nak menyampuk kalau kita cakap pasal agama..banyak sudah dia tahu..dia dah baca buku tentang Sirah Nabi,Mukjizat Nabi dan macam-macam buku yang ada kat rumah ni...dia juga selalu tegur aku,iman,azhan adibah kalau mengaji salah tajwid ...dia suruh ulang balik....kalau kita tak dengar mulalah dia mengadu pada ayahnya....nak tak nak kenalah ikut...
alhamdulillah semua surah lazim muhammad dah hafaz sekarang nak habiskan sepuluh ayat an- Naba"..lepas tu akan mula hafaz al-Baqarah.

dia juga sangat teliti pasal haram halal ni...pernah sekali tu aku dengan muhammad pergi pasar raya..semua yang aku beli semua dia check ada tanda halal ke tak..dah ada tanda halal dia check lagi ada no siri ke tak dari jakim...kalau tak ada dia letak balik kat rak tu...terkebil-kebillah kita tengok...
memang kita tak belilah kan...malulah weii dengan budak kecik...macam orang tualah muhammad ni...heheh.
Belajar pandai-pandai jadi orang bijak ye Muhammad..


Jangan kata aku riak pula ...cerita pasal anak sendiri ni ye.....sebab ada orang tua bijak pandai pakai kot bertali leher bagai tapi....apa orang kata menteri cap ayam....
tak bijak dan tak bernas melontarkan kata-kata.....tak suka malaysia pergi bulan,tak mati kebulur kalau ada GST,tak payah beli, masak jer,kenapa nak pergi jamban yang berbayar pergilah jamban yang free..korang tolong jawablah semua ni ye...

bezakan antara"orang bijak yang bercakap dengan orang yang bijak bercakap"

lagi hebat "orang bijak yang bercakap"...sebab bercakap mengikut fakta....dari orang yang bijak bercakap....sebab cakap ikut sedap mulut je..

ke ada pendapat lain..
Orang bijak bercakap mengantuk..orang yang bijak bercakap confirm tak mengantuk..beza antara professor dengan makcik-makcik mesyuarat tingkap..hehe
Pening tak korang dengan tajuk...hihi


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)