Pages

Showing posts with label BICARA PERUT. Show all posts
Showing posts with label BICARA PERUT. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

LEMPENG PISANG TOK KADUK

Assalamualaikum.
berpagi-pagi ahad...

Kuih yamg kerap di makan suatu waktu dulu...sampai naik bosan...setiap petang kakak ipar...pergi kerumah jiran untuk menumbuk beras untuk di jadikan tepung...sangat rumit kaedahnya...dari proses menampi beras merendam beras,menumbuk,mengayak dan hingga menjadi tepung...
keliling rumah penuh dengan pokok pisang...so tak hairanlah, asyik buat kuih berasaskan pisang...sampai muntah pun muntah pisang...

inilah kali pertama anak-anak makan..ku guna pisang emas...semua bahan perlu dibeli termasuk daun pisang...kalau dulu main tarah je...atau tebang terus pokok pisang tu...
kebanyakkan pokok pisang "awak"...
pisang apa?
pisang awak...
awak apa?
awak bodoh..

inilah lagu-lagu rakyat kampung...hah..masihkah kau ingat...



Sebahagian manusia tidak mempunyai sesuatu pun untuk dibuat modal dalam kehidupannya.....
Dr Abu Anas Madani

Saturday, May 3, 2014

NASI LEMAK SAMBAL UDANG TELUR PUYUH


Jarang sarapan di rumah biasa en somi ajak sarapan luar..kita ikut je..selalunya makanan tak menepati cita rasa asyik hampa je..tapi itulah rezeki namanya...

Terfikir sejenak,tak pandai masak nasi lemak mampu buka kedai makan atau restoran,pandai masak nasi lemak tak mampu pula untuk buka kedai makan atau restoran ....

Jadi orang yang mampu buka restoran atau kedai makan tu...masaklah dengan penuh kasih sayang,masak dengan ikhlas mesti makanan tu akan jadi sedap..pelangan pun akan berpuas hati...
Yang pandai memasak tu,tak payahlah makan luar masak je..berkat..

KESIMPULANNYA "SENDIRI MAU INGAT"..


Jika rajin pepagi ni...kita buatlah nasi lemak makan sampai petang..

Resepi nasi lemak kak nor:

Daun pisang jika ada
telur puyuh 
beras
santan
daun pandan
gula
garam

untuk dapatkan nasi lemak yang peroi,masukkan sesudu gula..

Sambal udang kak nor:

udang digaram kunyitkan dan goreng separa masak..
cili kering ( anggaran sendiri)
belacan
gula merah/gula melaka
garam
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
asam jawa
jus limau nipis

Untuk dapatkan sambal udang/bilis yang sedap..cili jangan terlalu hancur atau lumat,cuma separa hancur,tak perlu kisar hingga menjadi seperti cili boh..
goreng cili hingga garing masukkan gula melaka,kacau rata,dah naik minyak masukkan udang,garam,asam jawa dan perahan limau kacau sedikit dan terus tutup api..

Hanya sebiji bawang putih mampu menyedapkan rasa sambal..
aroma sehelai daun pisang juga....

Monday, April 21, 2014

RESEPI NASI ARAB KABSAH


Terus kepada misi.....



beras basmathi
rempah 4 sekawan
2 setengah sudu rempah serbuk kabsah(boleh di dapati di kedai2 melayu,sebab ini produk melayu yg agak sepi)...nak buat sendiri juga boleh,tumbuk halba,dan jintan manis.
2 biji bawang besar (di hiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 biji cili hijau
tomato puri
kacang gajus
1 inci halia ( di hiris)
 3 sudu minyak sapi
daun pandan
daun limau purut
daun ketumbar
garam
gula
ayam

Bahan perap untuk ayam:

5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
madu
garam
1 setengah sudu besar rempah kabsah
perap ayam selama 1 jam

rendam beras selama setengah jam n toskan.
tumis bawang besar,bawang merah,bawang putih,rempah 4 sekawan ,rempah kabsah,daun pandan,daun ketumbar,daun limau purut hingga garing...
masukkan air..agak-agaklah ye..ikut sukatan beras..jika sudah di rendam,kurangkan air..
bila dah mendidih,masukkan beras n tutup periuk.. gunalah rice cooker senang sikit...


Sos harrar:

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
jus limau
gula dan garam
blend tanpa air.

Jelatah arab:

1 biji timun
1 batang saderi
1biji bawang sederhana besar
daun ketumbar
cili merah atau cili padi
jus limau
gula dan garam
potong kiub atau di hiris nipis

Sunday, April 20, 2014

CARA MUDAH MEMBUAT COKLAT ALA CADBURY



Aku: adik nak makan kat luar mama belanja,atau kita buat coklat ...?
Azhan: kita buat coklatlah ma...lama tak makan coklat buatan sendiri...
Aku:jom cari barang..(.kebetulan baru jemput dia balik dari anugerah cemerlang di sekolah lama...)misi diteruskan dengan mencari barang..

 

bahan-bahan:

kepingan coklat berkualiti tinggi...khas untuk buat coklat
3 sudu besar cream hazel
kekacang,karamel,banana paste dll.
kekacang(dipanggang didalam oven)

caranya;

panaskan coklat secara double boiling,biarkan cair  dan masukkan cream hazel...di kacau sehingga suhu bilik...
tuang separuh kedalam acuan dan masukkan kekacang dll.
langkah seterusnya tuang permukaan dengan coklat dan ratakan.. simpan di dalam peti ais selama lima belas minit dan bolehlah di keluarkan..


Bukan ala..ala,memang cadbury pun..done..!selamat tinggal kit kat,selamat tinggal cadbury...





Tuesday, April 15, 2014

Cendul K.Selangor


Assalamualaikum.

Sahabat yang di sayangi yang soleh dan solehah..
cuaca berarak mendung kelabu, bunyi guruh di langit, adakah hujan akan turun...?

Perihal beratur nak dapatkan cendul kuala selangor ,apa yang sedap sangat...berpusu-pusu orang membeli berkonsep pandu laju atau drive thru..akhirnya dapat juga..boleh le tahan tak manis sangat,macam-macam perisa ada......dalam pada tu kami fikir juga,sanggup beratur untuk dapatkan sekadar cendul..mulalah nak kasi ceramah..bila tak biasa buat, maka hati berkata-kata,gini le jadinya..."takpe bang sesekali.."

aku ni taklah pandai masak,cuma tak nak bekukan otak ni..nanti berkarat pulak..berkarya dengan masakkan juga satu ilmu...kan...kasi kongsi resepi lagi..suka masak,tak suka makan,janji diorang suka...makan secubit rasa cukuplah bagi aku...
selamat mencuba,nak kreatif lagi,tambahlah jagung atau durian...dan pastinya
tak tumpah bila makan......Bila cendul di bekukan,maka jadilah puding cendul...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)