Dah empat hari berlalu cuti sekolah..tak jalan-jalan ke uolls...ke, transfer anak-anak ke kampung...
Rumah ibubapa sudah tentu rumah anak-anak,Rumah anak-anak belum tentu rumah ibubapa...Lumrah hidup..
Ini anak adik, firdaus namanya..setiap kali cuti dia memang teruja nak datang rumah muhammad,
muhammad pun suka sangat kalau firdaus nak datang..kira diorang ni kawan baik sangatlah..satu-satunya kawan yang ada....dua-dua pun sama.hanya satu-satunya kawan...
bila datang rumah muhammad kena ikutlah segala peraturan...sebelum subuh dah kena bangun,kena mandi n solat subuh,lepas tu sarapan pagi...lepas sarapan kenalah belajar..buat latihan,dan membaca buku-buku yang ada kat rumah...
lepas asar kena mengaji...lepas tu mengaji lagi lepas maghrib...lepas isya' kena buat latihan lagi...alhamdulillah firdaus ni jenis ikut cakap dan suka nak buat semua tu...kalau kat rumah dia....mak dia sibuk kerja...balik dah malam...kira terabai sikitlah dari segi belajar tu..sebab anak-anak ni kena pantau selalu....
Apa yang kita sebut, kurang penting bagi mereka, tetapi apa yang kita tunjukkan, akan menjadi kenangan yang kekal lama.
aku sempat buat sarapan lebih kurang selebihnya sarapan kat kedai mamaklah jawabnya...
"kalau tak faham tanya ye".sambil aku memasak...iman soffea juga rajin mengajar..belajarlah cara mana pun...tak mendera ye...ini dah memang biasa ..
adik selalu cakap .."aku tak ada masa,kau bolehlah duduk rumah,aku kerja'...aku pun sibuk juga kat rumah tapi cari masa tu...hihi..alasan nak tidurlah tu...
dah siap belajar dalam pukul 11:00 am lepas tu aku bagi masa bergame bagai..sampai zohor...
bagi yang bekerja bila balik ke rumah,letih macammana pun dan muram sekali pun hari kita, bersiap sedialah untuk ceriakan diri supaya anak-anak tidak menganggap bahawa kita TIDAK seronok bertemu mereka...
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.






