Bila anak-anak meningkat dewasa tugas dan tanggungjawab semakin berat..
Melangkah ke alam universiti pula, jauh dari keluarga. Semakin hari,
kita baru tahu betapa tingginya nilai keluarga dalam hidup kita. Sampai
satu tahap, kita pasti akan menelefon anak-anak dan bertanya khabar berita , sebab kita nak tahu apa perkembangan anak-anak. Dan aku
percaya, kalau anak kita cakap nak balik ke rumah pada hujung minggu,
ibu ayahlah yang paling gembira....
reaksi si ayah agak selamba sikit tapi teruja sebenarnya..sebaliknya si ibu semua nak cungkil rahsia. ..sembang dengan anak perempuan rancak sangat, bila sembang dengan anak lelaki..alahai lima kita cakap dua jer dia jawab....
makan pakai anak-anak juga semakin mengikut zaman ..nak itu dan nak ini...nasiblah tak cerewet.tapi sebagai ibu bapa kita ikut jer kehendak selagi tak melampaui batasan...
suami banyak tie,nak bagi azhan tak nak pula katanya fesyen lama..pada hal fesyen ni pun lama juga...fesyen 70an...
adibah suka kasut yang material kodroi sejuk katanya tapi bila hujan habis basah..
Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.,Jangan sesekali mereka ditinggalkan dari tarbiah dan didikan Islam....



